Tanda-Tanda Hubungan Anda Mampu Bertahan Lama.

 

Ketika menjalani hubungan bersama pasangan, ketakutan untuk rasa kehilangan itu teramat lah tinggi. Hal ini kerana rasa takut untuk terluka dalam perhubungan itu adalah satu hal yang biasa. Di mana setiap pasangan yang menjalinkan hubungan akan merasai. Dan setiap pasangan juga perlu tahu jika mereka ini tiada jodoh bermakna setiap dari mereka akan merasai kelukaan yang mendalam. Namun begitu, kita sebenarnya boleh melihat sejauh mana perhubungan kita.



Melalui lima tanda ini, satu perhubungan itu mampu pergi jauh dan bertahan lama.

1. Kebahagian yang menjadikan anda berisi.

Dalam perhubungan pasti ada kebahagiaan yang dibina. Dan kebahagiaan itulah akan menyebabkan anda sedikit berisi. Sebab kegembiraan yang terpancar bukan hanya pada wajah sahaja tetapi juga pada perubahan bentuk badan yang sedikit mengembang. Biasalah kalau dah bahagia nak fikirkan apa lagi, jaga hubungan sahaja la jangan bagi pasangan kita lari.

2. Nisbah kebahagiaan.

Kebahagian sukar untuk diukur atau disukat menggunakan apa jua perkara. Tetapi ia dapat dirasai oleh kedua-dua pasangan itu. Bagaimana? Dengan melalui berapa lama anda merasa gembira ketika di sisi pasangan. Ataupun anda dan pasangan bagaikan gam yang mahu melekat bersama tidak mahu berpisah. Haa, itu bahagia lah itu.

3. Perkongsian gelak ketawa.

Dalam perhubungan ini banyak perkara yang menjadi perkongsian. Tetapi bagi hubungan yang mampu bertahan lama ini, anda dan pasangan akan berkongsi perkara yang mampu membuat anda bergelak sakan. Sebagai contoh, anda berkongsi video-video atau gambar-gambar yang lucu. Tidak pun anda selalu mengambil gambar lucu pasangan untuk membuat bahan gelak bersama.


4. Kelakuan seperti BFF.

Percintaan ini bukan hanya tertumpu pada cinta sahaja, tetapi ia juga seolah-olah pasangan kita itu seperti rakan karib kita. dan segala kelakuan anda dan pasangan lebih kepada kelakuan ‘best friend forever’ tetapi anda dan pasangan tahu bahawa anda saling mencintai. Cuma kelakuan dan pergaulan itu sahaja seperti BFF.

5. Berkongsi minat.

Nak bahagia lebih lama dengan orang yang kita sayang itu perlulah tahu minat dirinya. Dan kalau kita tak minat pun kita boleh sahaja jadi penyokongnya. Tapi kalau anda dan dirinya mempunyai minat yang sama, kalian memang serasi habis lah. Mana tidaknya, susah biasanya seorang wanita ingin berkongsi minat yang sama dengan lelaki.

Tapi bukan ini sahaja penanda hubungan kalian mampu pergi jauh. Banyak lagi tanda yang anda boleh kenali. Apa yang paling penting adalah bagaimana anda dan pasangan membentuk satu perhubungan itu dan menganggap ia satu perhubungan yang serius. Baru lah, sifat tanggungjawab dalam menjaga hubungan itu akan lebih teliti.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,641 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen