Ciri-ciri Wanita Penyejuk Mata.

 

Sudah tentunya dalam membuat pilihan memilih pasangan hidup, seorang lelaki akan menilai pasangannya melalui kecantikkan. Tetapi kecantikkan itu terlalu subjektif untuk diperjelaskan kerana setiap lelaki menilai kecantikkan mengikut perspektif yang berbeza. Oleh itu, antara ciri-ciri wanita penyejuk hati bagi seorang lelaki adalah:



1. Rupa dan kecantikan.

Ini adalah hal yang terpenting. Semestinya kecantikan fizikal menjadi keutamaan lelaki. Tetapi tidak semua. Jika ada yang lebih menarik daripada ini, lelaki akan membuat penilaian lain. Wajah yang ayu boleh menambat hati lelaki, penampilan yang sopan juga mencairkan hati lelaki yang melihatnya. Tetapi, apabila lelaki hanya memandang kecatikkan zahir sahaja, berhati-hati. Itu pandangan nafsu.

2. Penampilan.

Penampilannya sentiasa kemas. Walaupun pakaian yang dipakai tidaklah mahal, tetapi menyenangkan mata yang memandang. Kebersihan juga terjaga. Samaada melalui pakaian mahupun apabila berada di dalam rumah. Bilik, dapur, ruang tamu, bilik air dibersihkan dengan kerap? Itu tanda dia sangat menjaga kebersihan. Syabas!

3. Bijaksana.

Kebiasaannya wanita begini tidak mudah terpengaruh dengan anasir luar. Bijak membuat penilaian baik buruk untuk melakukan sesuatu. Dia juga seorang yang positif dan berkeyakinan tinggi. Kurang berkata-kata, tapi bila sudah mempunyai isi, dia hebat berhujah serta bijak dalam melontarkan pandangan.

4. Menyenangkan pasangan.

Cantik, tapi menyerabutkan, sakit juga hati lelaki. Oleh itu dengan adanya sifat tolak ansur, suka mempermudahkan urusan pasangan, tidak membebankan mereka, suka membantu, memberi solusi apabila mempunyai masalah menyebabkan pasangan tidak berganjak untuk bersama wanita lain.

5. Taat kepada agama.

Jika dia seorang yang taat kepada agama dan mengamalkan betul-betul perintah Allah, dia dapat menjadi seorang yang sangat berwawasan. Kehidupannya teratur, baik peribadi dan akhlaknya. Wanita begini juga yang dianjurkan Islam untuk dijadikan isteri.


Oleh itu, sekiranya ada terjumpa atau memang bersama dengan wanita yang mempunyai ciri-ciri ini, jangan sesekali lepaskan. Kelak, menyesal tak sudah. Hehe Apapun, segera berjumpa mak ayah si dia. Buat ikatan terus. Mudah.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 373,611 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen