5 Gelaran Untuk Pasangan Yang Sering Bergaduh. Anda dalam golongan yang mana?

 

Bukan sahaja pasangan serasi yang mendapat bermacam gelaran, pasangan yang sering bergaduh juga ada juga gelaran masing-masing.



Jom baca jenis-jenis pasangan dan cara untuk menyelesaikan masalah pergaduhan anda!

1. Pasangan dramatik.

Overreacted! Anda dan pasangan terlalu mengikut emosi jika berlaku pergaduhan. Orang luar mungkin melihat kalian seperti tercetusnya peperangan yang ketiga kerana anda berdua gemar membaling barang.

Cara penyelesaian: Cara yang mudah untuk di selesaikan adalah menjauhkan diri daripada pasangan beberapa meter. Anda berdua seperti tidak waras ketika itu, lebih baik berdiam diri dan cuba duduk untuk tenangkan diri seketika.



2. Anda gemar membebel, manakala pasangan pula buat ‘dek je’.

Atau sebaliknya. Tetapi selalunya memang wanita yang lebih banyak bersuara berbanding lelaki, kerana itu kuasa talak hanya pada lelaki sahaja.

Cara penyelesaian: Lelaki yang kurang berbicara, jangan pula semasa bergaduh, anda main telefon bimbit, membaca surat khabar tiba-tiba, menonton televisyen. Sekurang-kurangnya memberi reaksi dengan setiap tindakan si isteri.

3. Pasangan yang suka campur adukkan masalah.

Anda dan pasangan memang gemar mengungkit, jadi setiap masalah tiada penyelesaian. Jika asyik mengungkit sahaja, semua masalah memang tidak boleh diselesaikan dan sentiasa bercanggah.

Cara penyelesaian: Paling penting, Jangan Mengungkit! Jika ia berlaku pada waktu itu, hanya selesaikan masalah untuk waktu itu sahaja. Berfikir dahulu sebelum bertindak. Jangan ego!


4. Pasangan yang takut untuk bergaduh.

Jika terdapat sesuatu yang anda berdua tidak puas hati, anda dan pasangan hanya berdiam diri tanpa berkata-kata. Kadang-kala anda merasakan tidak bahagia dan tidak puas hati.

Segalanya mahu dipendam. Anda dan pasangan terlalu khuatir, jika salah seorang tidak berpuas hati lalu tercetus pergaduhan.

Cara penyelesaian: Setiap perhubungan pasti ada pergaduhan, melalui pergaduhan juga kita akan dapat mengenali pasangan dengan lebih rapat dan belajar untuk tidak mengulangi kesilapan. Jika anda takut, anda seperti tidak mengenali pasangan dengan lebih mendalam lagi.

5. Pasangan silent treatment!

Anda dan pasangan amat gemar dengan silent treatment. Sama seperti pasangan nombor 4 di atas, tetapi kali ini lebih menakutkan kerana anda seolah-olah telah berputus asa dengan pasangan dan tidak mahu memulihkan segala konflik. Salah seorang mungkin akan dianggap seorang psycho!

Cara penyelesaian: Kerana itu setiap perhubungan, komunikasi dua hala sangat penting. Anda dan pasangan saling mendengar dan memberi pendapat. Yang penting, bijak mengawal nada suara.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 383,716 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen