15 Cara Untuk Kekal Selamat Bagi Wanita Yang Gemar Mengembara Secara Solo.

 

Walaupun hal ini sememangnya bahaya dan agak berisiko tetapi tidak bermakna anda perlu menjadi paranoid dan melupakan langsung impian anda untuk mengembara secara solo. Terdapat beberapa cara yang bagus untuk memastikan anda kekal selamat dan selesa sepanjang pengembaraan solo.



Cara 1: Kongsi pelan perjalanan anda.

Ini bukanlah bermakna anda berkongsi di laman media sosial sewenang-wenangnya. Maklumkan kepada keluarga dan teman rapat perihal pelan perjalanan anda agar mereka tahu di mana anda berada dan boleh mencari anda sekiranya ada apa-apa berlaku.

Cara 2: Komunikasi berkesan dengan hos.

Jika anda tinggal dalam bilik dorm atau homestay, pastikan anda bertanya mengenai kawasan yang selamat dengan hos anda agar anda boleh elakkan tempat-tempat yang tidak sesuai untuk wanita berjalan berseorangan.



Cara 3: Elakkan jalan gelap.

This is a BIG no-no. Sama sekali jangan jalan berseorangan di luar pada waktu malam, di jalan yang tidak diterangi lampu.

Cara 4: Alat keselamatan.

Dapatkan wisel atau alat yang boleh mengeluarkan bunyi yang kuat untuk waktu-waktu genting/kecemasan.

Cara 5: Elak benda/tumpangan PERCUMA.

Tiada benda yang percuma di dunia ini jadi JANGAN sesekali menerima tumpangan kenderaan dan makanan atau minuman percuma dari orang yang tidak dikenali.

Cara 6: Buat tidak tahu.

Jangan membalas atau memberi reaksi terhadap siulan atau panggilan dari orang yang tidak dikenali.



Cara 7: Tidak perlu beg designer.

Simpan barang berharga anda dalam beg yang buruk dan biasa sahaja berbanding beg designer. Ini untuk mengelak anda menjadi target pencuri dan penyangak.

Cara 8: Jadi seperti orang tempatan.

Abaikan sahaja mekap. Go natural agar anda lebih 'masuk' dengan orang tempatan.

Cara 9: Sertai kumpulan tour.

Ini memudahkan untuk anda mendapatkan tour percuma satu-satu bandar dan bilangan orang yang ramai boleh memastikan keselamatan anda.

Cara 10: Bertemu di kawasan awam.

Jika anda mahu bertemu seseorang, pastikan ia di kawasan awam dan pastikan anda memberitahu seseorang perihal perjumpaan tersebut.

Cara 11: Cincin kahwin.

Jika anda belum berkahwin, pakai sahaja satu yang palsu untuk mengelakkan 'gangguan' lelaki.



Cara 12: Kunci mulut.

Jangan beritahu maklumat sensitif/peribadi anda kepada sesiapa pun.

Cara 13: Teksi bermeter .

Pastikan teksi yang anda mahu naik memakai meter dan tertera maklumat pemandu serta sijil pendaftaran teksi tersebut.

Cara 14: Kasut yang selesa.

Jangan menggatal untuk memakai kasut bertumit atau sandal yang nipis dan bertali-tali. Kasut sukan atau kasut khas untuk berjalan adalah pilihan terbaik.

Cara 15: Kawasan selamat.

Pastikan anda ambil tahu di mana terletaknya balai polis, stesen minyak dan pasar raya jika berlaku situasi yang mana anda perlu lari menyelamatkan diri.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,694 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen