Jangan Pernah Bercinta Dengan Orang Yang Tidak Pernah Lakukan Lima Perkara Ini Terhadap Anda.

 

Dalam hidup ini pilihan bijak perlu dilakukan dalam setiap masa, tidak kiralah dalam apa jua keadaan sekali pun. Tetapi jika dalam memilih pasangan hidup seseorang itu perlu betul-betul bijak untuk memilih. Mengapa? kerana apabila memilih pasangan hidup ini kita perlu lebih berhati-hati sedikit agar tidak melukai diri sendiri. Hal ini kerana, dalam perkongsian hidup, kita perlu berkongsi segala bagai perkara kepada dirinya. Bagaimana jika kita tersalah pilih? Pasti hanya kita sahaja kelihatan berlebih-lebih.



Jadi sebelum kita salah memilih, mari kita lihat lima perkara yang pasangan kita penah lakukan sebelum ke arah hubungan yang lebih serius.

1. Berikan kata pujian.

Seorang pasangan yang baik tidak akan pernah kedekut kata-kata pujian terhadap kekasihnya. Sentiasa membungai hati pasangan adalah satu perkara yang perlu dalam perhubungan. Kata-kata pujian itu kan seumpama nafkah batin untuk hati kita. Bukannya untuk melahirkan rasa riak tetapi lebih untuk rasa dihargai oleh pasangan.

2. Berikan Perhatian.

Perhatian ini amat penting dalam perhubungan. Kalau tidak mahu pasangan lari, perhatian yang sewajarnya perlu diberikan. Hal ini kerana, perhatian ini perlu diberi kerana tidak mahu lahirnya rasa kosong dan diabaikan oleh pasangan. Ia nampak perkara yang kecil tetapi boleh merebak menjadi besar apabila tidak diberikan.

3. Kerap tanya soalan penting.

Soalan yang penting ini bukan soalan-soalan yang menimbulkan pergaduhan antara pasangan. Tetapi ia lebih kepada soalan yang remeh tetapi penting dalam perhubungan. Sebagai contoh, “bagaimana dengan hari awak hari ini?”, “semuanya baik-baik saja?” dan pelbagai lagi soalan yang remeh. Jadi pasangan anda pernah tanya akan perkara itu?


4. Fikiran tentang masa hadapan.

Masa hadapan adalah perkara yang penting untuk difikirkan sejak dari awal perhubungan. Mengapa? di sini lah bermulanya segala permulaan dan pengakhiran hubungan anda. Kalau pasangan hanya sambil lewa terhadap masa hadapan hubungan kalian, itu bermakna dirinya tidak serius terhadap hubungan tersebut.

5. Berikan kata sokongan.

Kata-kata sokongan ini amat penting dalam perhubungan. Hal ini kerana ia membantu menaikkan semangat pasangan apabila terasa kecewa. Di samping itu juga kata sokongan ini membantu untuk mengeratkan hubungan anda dan pasangan anda walaupun ketika hubungan yang tegang.

Kesimpulannya, jika pasangan anda miliki semua ciri di atas mereka adalah pasangan yang sesuai untuk anda. Jika tidak, maka anda perlu beralih arah terhadap hubungan baru sebelum anda dan pasangan ke arahan hubungan yang serius. Jika tidak anda mungkin akan menyesal dikemudian hari.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,116 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen