Berkahwin Tidak Perlu Tunggu Kaya.

 

Dizaman yang serba moden ini, semestinya pekerjaan sangat penting bagi seseorang. Apatah lagi sekiranya seorang lelaki ingin meminang seorang wanita. Pastinya sang ayah akan bertanya tentang pekerjaan, bekerja dimana, sebagai apa dan semua yang berkaitan dengan pekerjaan.

Wang bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya memerlukan wang. Begitulah hakikat kehidupan di zaman ini. Bagi ibu bapa, dengan menilai pekerjaan akan dapat dipastikan komitmen seorang lelaki itu. Adakah dia mampu menanggung anak mereka mahupun hanya mempermainkan anaknya.



Apapun, berkahwin itu tidak perlu tunggu kaya. Sebab memang dijanjikan Allah, apabila seseorang berkahwin, Allah akan cukupkan rezekinya. Rezeki untuk suami isteri, anak-anak semuanya telah ditentukan oleh Allah. Tinggal saja seseorang berusaha untuk mendapatkannya.

"Siapa yang berusaha, pasti akan berjaya." Begitu kata-kata yang perlu diserapkan dalam minda setiap pasangan dan ibu bapa yang ingin menerima calon menantu. Apabila kata-kata diyakini dengan sebaik mungkin, maka urusan untuk melangsungkan perkahwinan juga semestinya mudah.


Dalam hal hantaran wang, sebaiknya dikurangkan. Majlis yang diraikan hanya sehari, tetapi kita hanguskan wang tersebut beribu-ribu bahkan berpuluh-puluh ribu. Bukankah itu satu pembaziran. Bersederhana lebih baik. Kerana keperluan apabila berumah tangga adalah lebih utama.

Apabila lelaki yang mempunyai akhlak dan agama yang baik datang masuk meminang, adalah lebih baik sekiranya diterima. Kerana apabila dia mempunyai akhlak dan agama yang baik, pastinya dia akan mengetahui dan mengamalkan tanggungjawab sebagai seorang suami dengan sempurna.


Jika seorang ayah tidak dapat menerima kenyataan bahawa bakal menantu seorang yang tidak mempunyai pekerjaan tetap, yakinkan mereka dengan dalil Allah ini. “Jika dia miskin, Allah akan kayakan.” Tapi perlu dipastikan juga calon yang dibawa itu mempunyai akhlak dan agama yang baik. Barulah seorang ayah rela melepaskan anaknya ke tangan orang lain.

Oleh itu, dalam hal ini tidak perlulah kita terlalu risau akan rezeki yang belum tentu kita ketahui. Banyak contoh-contoh rumah tangga sebelum ini, mereka membina rumah tangga dalam keadaan sederhana, tetapi setelah beberapa tahun, kehidupan mereka stabil. Janji, perlu ada kesungguhan dalam membina kerjaya dan perniagaan. Barulah akan dibantu Allah.

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 490,761 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen