Jawapan Yang Boleh Diberikan Apabila Ditanya Mengenai Jodoh Anda.

 

Tidak semua yang kita impikan akan menjadi hak milik kita segera. Pastinya akan ada yang Allah memberi terus, ada juga yang dilambatkan, ada juga yang digantikan doa tersebut dengan ganjaran pahala di akhirat. Oleh itu, setiap apa yang berlaku kepada diri pastinya itu yang terbaik buat kita. Antara jawapan yang boleh diberikan apabila ada seseorang bertanya tentang jodoh adalah:



1. “InsyaAllah, tak lama lagi adalah tu. Tolong doakan saya ya.”

Kita tidak mengetahui doa siapa yang paling mudah dimakbulkan oleh Allah. Oleh itu, apabila ditanya adalah lebih baik kita meminta dia agar mendoakan kita dipermudahkan menemui pasangan hidup.

2. “InsyaAllah. Target tahun depan. Lepas habis belajar.”

Bukankah Allah menurut sangkaan hamba-Nya. Oleh itu, apabila kita set minda untuk mempunyai target yang tersendiri untuk berkahwin, kita akan dapati jalan-jalan menuju ke arah tersebut juga akan dipermudahkan. Dengan kata-kata tersebut menyebabkan kita akan berusaha keras ke arah demikian.

3. “Tolong carikan boleh?”

Apabila ditanya mengenai jodoh, ada juga orang bukan bermaksud untuk menyindir. Tapi sekadar berborak santai. Jadi, tidak perlu kecewa. Minta dia carikan jodoh pun okey juga. Mana tahu ada calon yang sesuai untuk dijodohkan. Beruntung juga ya.

4. “Tengah kumpul wang hantaran.”

Tidak dinafikan, wang hantaran adalah perkara penting bagi sebahagian orang. Jadi atas faktor itu juga menjadi penghambat seseorang meneruskan perkahwinan. Tidak mengapalah. Asalkan apa yang dikatakan kita itu benar. Cakap, cakap juga. Usaha mesti ada bro! hehe

5. “Tolong mak ayah dulu sekarang.”

Ya. Ada hikmah juga Allah tidak memberi lagi jodoh kepada kita. Antara hikmahnya adalah untuk membahagiakan ibu bapa terlebih dahulu. Inilah peluang untuk berbakti kepada mereka. Sudah kahwin, susah pula.


Apabila ditanya dengan soalan berkaitan dengan jodoh, jawablah dengan tenang. Tidak perlu meninggikan suara. Bersangka baik dengan setiap orang yang bertanya lebih afdal. Apapun, mudah-mudahan apa yang keluar dari mulut kita itu adalah doa untuk kita. Bukankah itu lagi bagus daripada kita menghentam balik orang yang bertanya. Ingat, kata-kata itu doa. Jadi, kata yang baik-baik saja.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,286 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen