5 Tanda Kritikal Anda Mula Suka Menayang Hubungan Cinta Pada Sosial Media.

 

Anda dengan pasangan bukan lah seperti pasangan belangkas pergi ke mana sahaja tidak boleh berpisah, tetapi anda sentiasa mahu update momen-momen dengan pasangan di sosial media.

Jika anda tidak bertemu janji pada hari tersebut, tetapi anda gemar pula menunjukkan segala gambar-gambar kenangan iaitu #throwback.



Jadi, apakah tanda-tanda kritikal anda sudah mula suka menayang hubungan cinta pada sosial media? Jom baca!

1. Tidak kira facebook, instagram mahupun twitter semuanya tentang si dia.

Bukan sekadar gambar berdua di galeri gambar facebook dan instagram, malah perbualan di whatsapp juga anda screen shot untuk dijadikan sebagai tatapan umum.

Motif anda berbuat begitu? Ketahui lah tiada siapa pun ingin ambil peduli apa yang anda dan pasangan bualkan. Simpan sahaja kata-kata ‘I love you’ dari si dia untuk anda sahaja.



2. Kenalan mula mengenali pasangan anda dari A hingga Z.

Isu perbualan anda dengan sahabat baik anda adalah hanya tentang pasangan anda sahaja. Tiada yang lain.

Jika di sosial media sentiasa update tentang pasangan, sudah tentu bukan sahaja sahabat baik anda mengetahui tentang pasangan anda, orang yang tidak mengenali anda dengan lebih rapat pun akan tahu juga.

3. Terlalu banyak minta pendapat mengenai pasangan.

Di sosial media juga, anda seperti tiada isu lain ingin update. Anda seperti menagih nasihat daripada rakan sosial media atau dr. cinta, bagaimana untuk memujuk pasangan ketika mereka merajuk?

Selain daripada itu, anda gemar mengambil quiz atau game di facebook, dan mention nama pasangan anda. Kemudian kenalan mula mengenali anda dengan pasangan tanpa anda sedar.



4. Anda bagaikan hidup di alam fantasi.

Hubungan cinta anda yang bagaikan fantasi membuatkan kenalan mahu block anda di setiap sosial media. Ini kerana, anda hanya fokus kepada percintaan sahaja, tiada soal kerjaya, kewangan mahupun keluarga.

5. Anda membuat orang lain rasa cemburu, tanpa anda sedar.

Anda seolah-olah malas melayan komen-komen yang negatif. Anda tidak mahu ambil kisah, dan sengaja memuat naik gambar pasangan dengan caption seperti percintaan yang terlalu indah. Padahal pasangan anda sendiri, meluat dengan perilaku anda. Hati-hati, nanti bukan sahaja pasangan yang lari, malah rakan-rakan anda pun mula menjauhkan diri!



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 597,936 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen