Lima Sebab Lelaki Bujang Memilih Ibu Tunggal Sebagai Pasangan Hidup.

 

Seorang lelaki berhak memilih sesiapa sahaja untuk menjadi pasangan hidupnya. Sama ada anak dara mahupun ibu tunggal. Bagi mereka kedua-duanya sama sahaja, tapi apa yang penting pandai menjaga keharmonian rumah tangga dan juga dirinya. Setiap daripada mereka ini mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri tetapi tidak dapat disangkal jika ketika ini ibu tunggal lebih menjadi pilihan lelaki bujang. Mungkin mereka ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri yang orang lain tidak nampak. Hanya yang mencintai dan mengenalinya sahaja nampak kelebihan itu.



Walau bagaimanapun, ini adalah lima sebab mengapa lelaki bujang lebih memilih ibu tunggal sebagai pasangan hidup.

1. Lebih jujur.

Biasanya ibu tunggal ini lebih jujur mengenai kisah hidupnya kepada pasangannya. Tidak ada yang mahu disembunyikan kerana tahu kejujuran itu penting demi kesejahteraan hubungan. Jadi mereka ini lebih mudah untuk berkongsi setiap perkara yang bakal suami mereka ingin tahun walaupun perkara itu sulit untuk diceritakan.

2. Lebih berpengalaman.

Macam orang selalu cakap, ibu tunggal ini lebih banyak pengalamannya berbanding si dara. Dari segi menjaga suami sehingga lah menjaga anak semua perkara mereka mempunyai pengalaman. Jadi sesiapa yang menjadi pasangannya tidak perlu risau lagi bagaimana mahu mengendalikan rumah tangga kerana si isteri pasti sudi membantu.

3. Tahu kisah lalu.

sebelum melamarnya menjadi isteri, sudah tentu lelaki tersebut sudah mengetahui akan segala kisah silamnya. Tidak kiralah dari segi yang baik dan buruknya. Walaupun bukan tahu dari tuan punya badan tetapi sedikit sebanyak tahu lah juga mengenai kisah silamnya.


4. Sifat keibuan yang tinggi.

Sudah nama pun ibu tunggal, pasti mereka ini mempunyai anak-anak yang perlu dijaga. Jadi dari situ sifat keibuan mereka sudah terserlah dengan sendirinya. Jadi si lelaki tidak payah pening-pening untuk memikirkan kasih sayang seorang ibu kepada anak-anaknya nanti.

5. Jodoh.

Semuanya telah tertulis bahawa dirinya akan berkahwin dengan seorang ibu tunggal. Walaupun ditolak atau melarikan diri, ia tetap akan jadi jodohnya. Jadi buat apa menolak jodoh sedangkan lebih elok membina rumah tangga yang lebih harmoni dan sejahtera.

Apa yang dapat disimpulkan ialah, setiap pertemuan jodoh itu telah ditulis oleh-Nya. Tidak kira lah siapa pun jodoh kita, hendaklah kita menjaganya dengan baik. Saling melengkapi dan menghormati antara satu sama lain agar hubungan akan terus mekar hingga ke tua.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,378 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen