7 Bukti Wanita Juga Seorang Yang Kuat.

 

Lelaki dan wanita mempunyai kelebihan-kelebihan tertentu yang dikurniakan Allah. Sudah tentunya lelaki sangat kuat akan fizikalnya. Tetapi wanita sangat kuat emosinya. Ketahanan emosi tersebut tidak mampu ditandingi oleh lelaki. Ini fakta. Antara bukti yang menunjukkan wanita juga seorang yang kuat disebabkan faktor:



1. Teratur dalam pekerjaan.

Kebanyakkan wanita akan melakukan kerja dengan teratur berbanding lelaki. Lihat sahaja perbandingan meja di pejabat. Sudah semestinya meja wanita akan kelihatan lebih kemas daripada meja seorang lelaki. ini menunjukkan mereka rajin dan mampu melakukan hal yang sama walaupun tiap-tiap hari.

2. Dua kerja dalam satu masa.

Lihat sahaja apabila berada di dapur. Mereka boleh memasak, sambil membuat air dan mengawal anak dalam masa yang sama. Ini tidak dapat dilakukan oleh mana-mana lelaki. Jika ada, pasti kelam kabut. Mereka juga mampu melakukan pekerjaan sambil berborak. Ini tahap pro lah. Hehehe

3. Melahirkan anak.

Ada lelaki yang boleh lahirkan anak? Sudah tentu tidak bukan? Melahirkan anak memerlukan tenaga yang kuat, sakit yang dialami oleh mereka juga teramat-amat pedih sehingga menurut kajian mendapati kesakitan tersebut seperti 20 tulang di dalam badan dipatahkan secara serentak. Huh. Dasyat.


4. Teliti dalam melakukan pekerjaan.

Dengan kata lain, cerewet. Hehehe Apapun, itu juga satu kelebihan. Dengan sikap begitu membuatkan dia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk melunaskan pekerjaannya. Mana yang kurang, akan dibaiki sebaik mungkin agar kelihatan kemas dan teratur.

5. Faktor kewangan.

Disebabkan atas faktor kewangan, kadang kala seorang wanita perlu keluar dari zon selesa. Desakan kewangan menyebabkan dia sanggup melakukan apa sahaja demi mencukupkan keperluan. Malas bukan lagi alasan yang akan dipilih.

6. Demi keluarga.

Ramai dikalangan wanita hari ini sanggup bersusah payah demi keluarga. Apabila sakit, sakitnya disimpan. Diteruskan saja untuk melunaskan tugas harian mereka di rumah. Kadang lelaki terfikir juga. “tadi kata sakit, tapi buat kerja juga.” Itu tandanya dia seorang yang kuat. Tapi, apabila dia tidak dapat melakukan tugas harian mereka, itu bermakna dia memang betul-betul sakit. Oleh itu, bantulah mereka saat ini.

7. Demi anak-anak.

Banyak kejadian apabila suami meninggalkan mereka, mereka akan berkorban demi anak-anak. Walaupun usaha mereka kecil, tetap diteruskan juga demi menyara anak-anak. Lebih-lebih lagi apabila suami telah meninggal dunia mahupun ditinggalkan bekas tanpa diberikan wang kepada anak-anak.

Jadi, siapa kata wanita tak kuat? Wanita juga kuat. Tetapi dalam hal-hal tertentu. 


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,844 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen