Lima Gaya Penampilan Wanita Yang Mampu Menarik Perhatian Lelaki.

 

Penampilan adalah satu perkara yang penting dalam pertemuan pertama. Bukan sahaja pertemuan pertama tetapi pandangan pertama. Apabila pakaian seseorang wanita itu tidak kena di mata lelaki, mereka ini akan terus direject. Jadi cara berpakaian wanita adalah penting untuk memikat lelaki di luar sana. Tetapi jangan berpakaian yang terlalu over pula, takut lelaki yang anda dekati itu lari pula. Buat wanita-wanita single di luar sana, apa kata anda lihat cara berpakaian anda. Mampu tak untuk menambat hati jejaka idaman anda.



Jom kita tengok apa yang lelaki suka wanita pakai.

1. Gaya ‘old school’.

Gaya old school adalah gaya lama yang dikeluarkan semula. Antara gaya old school adalah gaya tudung yang mempunyai corak berbunga dan baju pepelum. Baju-baju ini digayakan semula dan ditambah sedikit rekaannya agar kelihatan lebih menarik. Jadi buat anda yang masih belum cuba gaya old school ini, lebih baik cuba sekarang. Mana tahu ia sesuai untuk anda.

2. Tudung yang ringkas.

Gaya pemakaian tudung juga memainkan peranan bagi pandangan lelaki. Jika anda mengenakan tudung dengan lilitan yang serabut ia akan memeningkan kepala lelaki. Tetapi jika anda memakai tudung bawal, ia akan membuat anda kelihatan lebih kemas dan rapi. Tudung bawal ini sebenarnya tudung kegemaran kaum lelaki taw. Jadi banyakan memakai tudung bawal.

3. Dandanan tidak berlebihan.

Dandanan yang berlebihan hanya membuat lelaki merasakan kita tidak percaya kepada diri sendiri. Dan ia juga tidak sedap mata memandang bagi lelaki. Jika anda seorang yang suka bermakeup tebal, apa kata anda cuba sesuatu yang lebih simple dan neutral. Mungkin ia akan membuat anda kelihatan lebih cantik dan berseri.


4. Pakaian labuh dan longgar.

Lelaki pada masa ini lebih meminati wanita yang berpakaian labuh dan longgar. Tidak lupa juga menutup aurat. Hal ini kerana, mereka tahu bahawa wanita itu menjaga maruah dan auratnya terhadap lelaki yang bukan muhrim. Inilah wanita yang mereka idamkan.

5. Elegant.

Berpakaian elegant hanya akan lebih menonjolkan sifat kewanitaan seseorang itu. Maka dengan itu, seorang lelaki lebih mudah memandang anda kerana terserlahnya sifat wanita anda. Jadi kerap-keraplah memakai pakaian yang elegant untuk memikat si jejak.

Kesimpulannya, penampilan itu penting dalam memikat hati lelaki. Walaupun anda masih belum mempunyai pasangan ataupun sudah. Kalau sudah punya kekasih tetapi tidak jaga penampilan, kekasih boleh lari. Apa lagi yang tidak mempunyai kekasih, lelaki pun tak berani dekat.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,915 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen