Sifat-Sifat Wanita Yang Disukai Lelaki.

 

Setiap wanita ini mempunyai sifatnya yang tersendiri. Sama ada ia dibentuk dari ahli keluarganya atau hanya sememangnya lahir dari dirinya sendiri. Tetapi, lelaki kini lebih memandang sifat wanita yang secara semula jadi. Di mana mereka tidak buat-buat terhadap kelakuan mereka ataupun, mereka lakukan perkara itu secara tidak bersahaja. Sifat ini lah yang akan dipandang lelaki. Ada sesetengah lelaki, tidak memandang rupa tetapi lebih memandang keperibadian yang anda dalam diri wanita itu.



Tapi ada lima perkara yang lelaki confirm pandang dalam diri seseorang wanita itu. Jom kenali sifat-sifat itu.

1. Sifat keibuan.

Sifat ini adalah sifat yang akan dicari oleh setiap lelaki. Hal ini kerana, mereka mahukan seorang pasangan hidup bukan hanya yang boleh menjadi isteri mereka tetapi juga boleh menjadi ibu-ibu kepada anak-anak mereka. Jadi apabila pasangannya mempunyai sifat ini tidak perlulah dirinya risau akan kasih sayang dalam diri wanita itu. Bagaimana mereka melihatnya? Melalui kelakuan seseorang itu ketika melayani kanak-kanak di sekelilingnya.

2. Menghormati diri sendiri.

Lelaki juga menyukai wanita yang menghormati dirinya sendiri. Apa maksud dengan menghormati diri sendiri? Maksudnya seseorang wanita yang tahu membataskan pergaulannya antara lelaki dan wanita. Dan juga menjaga maruah keluarga dan dirinya. Hal ini kerana, jika wanita itu tahu menghormati dirinya, pasti mereka ini juga tahu menjaga nama baik keluarga dan suaminya nanti.

3. Kebudak-budakan.

Wanita yang mempunyai sifat kebudak-budakan ini adalah wanita yang comel. Di mana mereka ini akan manja dan sentiasa inginkan belaian pasangannya. Mereka juga mudah dikawal. Ini lah yang lelaki cari, manja dengan dirinya dan mudah dikawal ketika dalam perhubungan. Jadi hubungan mereka ini pasti akan terlebih sweet.


4. Mengambil berat.

Sifat ambil berat terhadap seseorang ini sememangnya ada dalam diri seorang wanita. Tetapi bagaimana caranya wanita itu mengambil berat terhadap seseorang? Dengan merendahkan egonya untuk bertanya hal-hal yang membimbangkan. Walaupun sebenarnya mereka ini tidak mahu mengambil tahu langsung. Di sini lelaki akan lihat, bahawa wanita seperti ini akan mampu mengawal dan merendahkan egonya demi pasangannya.

5. Menjaga penampilan.

Walaupun mempunyai pelbagai sifat yang menarik tetapi tidak menjaga penampilan, ia juga menjadi masalah. Hal ini kerana, seorang lelaki mahukan wanita yang sedap mata memandang bukannya menyerabutkan matanya. Walaupun berpenampilan yang ringkas tetapi ia menyejukkan pandangan lelaki ia sudah memadai.

Sifat-sifat ini ada dalam diri setiap wanita. Cuma bagaimana dirinya menonjolkan adalah berbeza. Dan hanya lelaki yang betul-betul meminati anda sahaja yang tahu sifat-sifat yang menarik anda miliki. Dan jangan pernah rasa rendah diri jika tidak memiliki sifat itu. Anda cuma perlu masa untuk mengeluarkannya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 448,306 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen