3 Faktor Sokongan Wanita Menyebabkan Lelaki Berjaya.

 

Hari ini, banyak cerita mengenai lelaki yang berjaya atas faktor wanita. Ada yang sebelum berumah tangga lagi mereka sanggup bersusah payah bersama untuk membina kerjaya masing-masing. Yang sudah berumah tangga, isteri menjadi pendorong buatnya agar lebih kuat berusaha. Antara faktor yang menyebabkan lelaki berjaya disebabkan wanita kerana:



1. Kata-kata.

Seorang lelaki, dia memerlukan motivasi daripada seseorang. Lebih-lebih lagi dari orang yang dia sayangi. Kata-kata motivasi ibarat pembakar semangatnya. Tetapi usah berlebihan kerana risau akan menjadi leteran. Leteran kadang kala boleh menjatuhkan semangat seseorang. Oleh itu, hati-hati dengan kata-kata yang keluar dari mulut.

2. Bantuan.

Wanita yang dia tidak ingini sebelum ini pun, akan menjadi orang yang dia kasihi kerana jatuh hati disebabkan pengorbanan wanita tersebut. Ada kisah sebelum ini seorang wanita sanggup mengutip barang-barang terpakai bersama seorang lelaki dan setelah itu lelaki tersebut mengahwininya walaupun wanita tersebut tidak cantik menurut pandangan orang lain.

3. Kesetiaan.

Bukan semua orang sanggup berada dalam keadaan susah, lebih-lebih lagi untuk yang baru membina kehidupan baru. Misalnya apabila baru menghabiskan pengajian. Sudah tentunya pada masa ini seorang lelaki baru memulakan langkah untuk mencari pekerjaan ataupun ingin membuka perniagaannya sendiri. Kesetiaan wanita tetap bersama, menjadikan dia berusaha untuk bekerja keras.


Tidak semua lelaki akan jatuh cinta hanya disebabkan kecantikan wanita. Ada hal-hal lain yang mereka titik beratkan dalam pemilihan calon pasangan hidup. Antaranya adalah faktor-faktor di atas. Dengan adanya salah satu dari hal tersebut, sudah cukup membuatkan seorang lelaki jatuh cinta terhadap wanita. Jadi, wanita sila ambil berat tentang hal ini. Selamat mencuba!


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,375 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen