“Dosa yang Merosakkan Sesebuah Pernikahan.”

 

Apabila bercakap mengenai dosa, ramai yang akan takut tetapi tanpa kesedaran masih lagi melakukan perbuatan. Mungkin perbuatan itu dilakukan tanpa sedar. Ilmu mengenai sesebuah pernikahan ini ramai yang mengetahuinya. Tetapi untuk mengamalkannya agak sedikit sukar kerana tidak tahu dari mana hendak dimulakan. Tetapi itu bagi orang yang sudah lama bernikah.



Buat yang baru sahaja hendak menghalalkan satu perhubungan, mungkin anda boleh menggelakkan perkara seperti ini berlaku. Cuba elakkan dosa-dosa yang akan merosakkan pernikahan anda tanpa anda sedar. Bagaimana caranya? Caranya adalah mempersiapkan diri sebetul-betulnya sebelum bernikah.

Tapi apa dosa yang merosakkan sesebuah pernikahan ini? Dosa yang merosakkan pernikahan ini terbahagi kepada dua iaitu di sebelah suami dan di sebelah isteri.

Suami:

1. Suami tidak berfungsi sebagai pemimpin yang baik, akhirnya saling melukai.
2. Suami membandingkan isteri dengan wanita lain.
3. Suami gagal mengawal emosi sehingga perkara buruk berlaku.
4. Suami menolak pendapat isteri.
5. Suami tidak pernah memohon maaf.


Isteri:

1. Isteri tidak menghargai suami sebagai ketua keluarga.
2. Isteri gagal mendengar kata suami.
3. Isteri gagal menunjukkan rasa bersyukur kepada suami.
4. Isteri gagal menunjukkan kecakapan secara batiniah.

Jadi sebelum berkata anda sudah sedia untuk bernikah, fikir sedalamnya dan persiapkan segala ilmu mengenai dosa dan pahala dalam sesebuah perkahwinan. Hal ini demi menggelakkan berlakunya penambahan dosa secara tidak sengaja.

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 454,464 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen