Cara-Cara Untuk Si Gadis Pemalu Memulakan Perhubungan.

 

Gadis yang pemalu tidak semestinya mereka pendiam. Mereka hanya tidak tahu cara bersosial dengan orang ramai, tetapi dengan rakan baik sudah tentu mereka agak kepochi.



Bukan mudah untuk memulakan bicara bagi si gadis pemalu ini, jadi jom baca tips-tips di bawah.

1. Bersosial.

Kebiasaannya, si gadis pemalu ini sering mengasingkan diri daripada orang ramai. Cuba kali ini, anda bergaul dengan orang ramai, atau mencari kelompok kawan yang anda sendiri rasa selesa untuk berkawan.

Atau, anda perlu aktifkan diri dengan terlibat dalam apa jua aktiviti dan program di sekolah mahupun di universiti.

2. Murah dengan senyuman.

Anda adalah seorang gadis pemalu, jangan pula sentiasa mengerutkan dahi dan bermasam muka, memang tiada siapa yang ingin cuba rapat dengan anda. Cuba rileks!



3. Pakaian yang menarik.

Si gadis pemalu ini sering memilih warna baju yang suram dan kelam, t-shirt dan seluar. Tidak salah sekali sekala anda mengenakan blouse dengan warna yang terang atau bercorak, supaya orang ramai sedar dengan kehadiran anda.

4. Tarik perhatian kaum lelaki.

Bagaimana untuk menarik perhatian lelaki? Haaa, dengan mudah ikuti 3 tips di atas, lelaki akan sedar dengan kehadiran anda tanpa anda sedar. Dalam diam-diam pasti yang akan melihat anda 2 kali.

5. Perbualan yang berterusan.

Apabila sudah ada lelaki yang berminat dengan anda dan cuba untuk berbual. Kongsikan cerita yang menarik dengan si dia, hati-hati dengan isu yang dibualkan, jangan terlalu serius, kekok dan membuka aib orang.



6. Gunakan kelebihan anda.

Apabila anda dengan si dia sudah selesa untuk berbual bersama, kongsi tentang hobi dan perkara yang menjadi kelebihan pada diri anda. Contoh seperti bersukan atau bahan bacaan yang anda gemari.

7. Gunakan kecantikan anda.

Anda perlu tahu, setiap wanita yang lahir di dunia ini, mempunyai kecantikkan tersendiri. Jika anda mempunyai senyuman yang cantik dan gigi yang kemas, sentiasa lah tersenyum. Dan jika anda sopan santun orangnya, kekalkan dengan pendirian anda, tidak perlu mengubah jadi orang lain.

8. Jangan terlalu cepat jump to conclusion.

Si gadis sering tersalah anggap, jika mereka dilayan dengan baik dan mesra, lalu mengharapkan hubungan yang serius berlaku. Jangan! Cuba berkawan dengan mereka, kenali hati budi bila rasakan si dia prince charming anda.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,256 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen