Tips Redha Apabila Perlu Berpisah.

 

Senang diungkap, sukar dilaksanakan. Begitulah redha. Bukan semua orang boleh menerima hakikat apabila berpisah dengan pasangan. Susah mahupun senang sentiasa bersama-sama, tetapi suatu ketika kita perlu berpisah atas faktor-faktor tertentu. Sudah semestinya perasaan kecewa, sedih, menghantui beberapa ketika. Antara perkara yang boleh dilakukan apabila berpisah adalah:



1. Sabar.

Sifat ini sangat terpuji. Sabar dalam apa jua keadaan menjadikan seseorang itu kelihatan tenang. Menunjukkan expresi marah ketika dilanda musibah ini tidak akan mendatangkan apa-apa faedah. Oleh itu, tetap bersabar dan terus tersenyum.

2. Berfikir positif.

Disebalik musibah pasti akan ada hikmah yang tersembunyi. Oleh itu, carilah hikmah tersebut dengan baik. Allah itu menurut sangkaan hamba-nya. Apabila kita berfikir yang baik-baik, Allah juga akan memberikan kita yang baik-baik kelak.

3. Meluahkan perasaan.

Wanita sangat memerlukan bantuan seseorang apabila ditimpa musibah, oleh itu carilah orang yang dipercayai dan boleh menyimpan rahsia apabila di dalam keadaan begini. Lebih baik mencari seseorang yang dapat memberi motivasi apabila keadaan sangat terganggu. Mudah-mudahan dengan motivasi tersebut akan memberi semangat untuk terus hidup dengan lebih aman.

4. Doa.

Berdoalah kepada Allah agar digantikan seorang yang lebih baik. Dengan doa tersebut, mudah-mudahan Allah makbulkan atas sebab kesabaran menghadapi musibah tersebut. Berdoalah dengan bersungguh-sungguh dan khusyuk.

5. Memperbanyakkan ibadah.

Antara hikmah Allah mengurniakan seseorang itu musibah kerana Allah sangat merindui hamba-Nya. Mungkin sebelum ini kita lalai sehingga mengurangkan amal ibadah. Oleh itu, dengan kasih sayang Allah, dia memberi musibah agar kita kembali ke pangkal jalan. Maka, bersyukurlah dengan apa jua keadaan.


Dari Abu Yahya Suhaib bin Sinan r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda:

عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ، إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ، وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ، إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ، فَكَانَ خَيْرًا لَهُ، وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ، صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ

“Sangat ajaib keadaan seseorang yang beriman, sesungguhnya segala urusannya adalah baik, dan itu tidak terjadi kepada seseorang kecuali hanya bagi orang yang beriman. Jika dia mendapat kesenangan dia bersyukur, maka demikian itu kebaikan buatnya. Dan jika dia mendapat kesusahan, dia bersabar, maka demikian itu adalah kebaikan buatnya.”
[HR Muslim]

 



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,968 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen