5 Tanda Anda Telah’ Move On’ Daripada Bekas Kekasih.

 

Apakah tanda-tanda yang anda boleh kenal pasti setelah move on daripada bekas kekasih anda? Jom baca!

1. Jiwa anda kosong apabila melihat si dia bersama pasangan lain.

Anda tidak lagi berasa cemburu, keliru, curiga malah berasa sedih melihat post si dia di sosial media. Ini kerana anda seperti tidak mengenali si dia dan seolah-olah mereka itu seperti orang baru kerana perasaan anda ketika ini tidak punyai rasa benci , malas nak ambil peduli malah seperti acuh tak acuh.



2. Tidak kisah jika ingin berkawan kembali dengan si dia.

Anda seperti tidak keberatan menjadi rakannya kembali kerana anda telah mencapai tahap di mana anda langsung tidak mempunyai apa-apa perasaan. Malah anda tidak mahu bermusuhan dan tidak keberatan untuk berinteraksi di dalam talian atau menjadi kawan semula. Pendek kata anda sudah move on!

3. Anda tidak lagi dalam kemurungan.

Anda bangkit dan mencari kenalan baru, dan ternyata anda sudah mula mencari pasangan baru. Walaubagaimanapun, jangan gunakan kaedah sebagai muslihat untuk rebound atau dengan sengaja  membuatkan bekas kekasih cemburu kerana anda bakal sakitkan hati pasangan baru anda.



4. Anda tidak mengelak pergi ke tempat yang ada memori kenangan dengan si dia.

Berkemungkinan selepas berpisah, anda dan si dia seolah-olah mengelak untuk pergi ke tempat yang menjadi kenangan bersama. Anda seperti khuatir jika terimbau kembali kenangan manis bersama si dia.

Jika anda sudah move on, anda tidak kisah pun untuk pergi ke semua tempat walaupun ia memberi kenangan buruk buat anda. Anda telah menyedari kenapa anda harus berhenti hidup gembira hanya kerana seorang manusia seperti dia.

5. Anda tidak mengharapkan apa-apa perasaan daripada si dia.

Tanda yang paling utama anda telah move on daripada hubungan yang gagal adalah anda tidak lagi mengharapkan untuk berdamai dengan si dia. Malah anda juga tidak akan menunggu si dia untuk menghubungi anda dan tidak menjangkakan dia akan whatsapp untuk meminta anda kembali semula.

Kini anda menjadi lebih rasional, praktikal dan realistik.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 372,743 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen