8 Tanda Anda Adalah Mangsa ‘Rebound’, Hanya Kerana Hati Si Dia Terluka.

 

Rebound terjadi apabila seseorang terluka setelah putus cinta, dan mahu mencari pengganti hanya kerana untuk menyakiti hati bekas kekasih mereka.

Namun sebahagian daripada mereka, masih belum berpisah secara total. Tetapi kerana teman mereka berdiam diri tanpa memberi kata putus, mereka sanggup mencari teman pengganti semata-mata untuk membuatkan teman mereka kembali berbicara tentang hubungan yang lepas.



Hubungan rebound ini dianggap seperti tidak adil bagi kebanyakan orang tetapi fasa di dalam sesuatu perhubungan ini boleh dikatakan salah satu cara yang terbaik untuk sesetengah individu yang ingin melupakan hati yang terluka akibat perpisahan dengan bekas kekasih.

Situasi ini agak kejam kerana hati insan baru di dalam hidup mereka itu dipermainkan hanya untuk mengubati luka sendiri. Jika, bekas kekasih mereka datang kembali dan ingin meneruskan hubungan dengan mereka, bagaimana pula dengan anda? Hanya dibiarkan keseorangan tanpa solusi?



Jadi, bagaimana anda mahu mengenal pasti dengan tanda-tanda, anda adalah seorang mangsa rebound kepada orang yang baru anda kenali, jom baca!

1. Si dia masih enggan membuang gambar teman mereka daripada telefon bimbit malah menatapnya setiap hari pula.

2. Si dia menjadikan anda sebagai alat untuk membuat bekas kekasihnya cemburu.

3. Si dia kerap membandingkan anda dengan bekas kekasih, dan memaksa anda untuk berubah seperti teman mereka yang lalu.



4. Si dia secara tiba-tiba ingin menjalinkan hubungan cinta dengan anda walaupun baru hanya selepas seminggu berpisah dengan bekas kekasih.

5. Si dia mudah melafazkan kata cinta kepada anda walhal diri sendiri tidak pasti sama ada ungkapan itu serius atau pun main-main.

6. Si dia masih stalk facebook, twitter dan instagram bekas kekasih setiap hari tanpa rasa jemu.



7. Si dia mendapati anda adalah seorang pasangan baru yang hebat tetapi mereka masih merasakan tidak gembira apabila keluar bersama.

8. Si dia keluar temu janji bersama anda tetapi bekas kekasih masih berada di dalam fikiran malah bekas kekasihnya menjadi isu utama di dalam perbualan antara anda berdua.

Hati-hati, sama ada anda mahu meluangkan masa dengan mereka, atau angkat kaki melarikan diri!



 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 630,140 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen