7 Kata-Kata Tersirat Daripada Lelaki, Wanita Wajib Tahu!

 

Lelaki memang terkenal dengan sikap kasanova mereka. Mereka sangat sweet talker dan pandai mengambil hati wanita dalam sekelip mata. Kadang kala, kata-kata mereka juga sering di salah anggap oleh wanita, hanya kerana mereka tidak serius.



Jadi, jom baca kata-kata tersirat oleh lelaki sama ada lelaki itu kasanova atau pun lelaki yang serius!

1. “Awak memang seorang kawan yang baik!”

Maksud tersirat: Anda jangan pula menaruh harapan yang tinggi kerana peluang untuk menjadi seseorang yang istimewa buat si dia adalah sangat tipis. Dia hanya menganggap anda sebagai temannya dan tidak lebih dari itu.



2. “Jom jumpa! Saya jumpa awak dekat sana terus ye.”

Maksud tersirat: Tidak kira sama ada menerusi telefon ataupun sms, dia tidak bersungguh-sungguh ingin berjumpa anda malah mengambil jalan mudah untuk jumpa anda. Kerana mereka yang bersifat gentleman akan terus mengambil anda di rumah.

3. “Semalam keluarga saya ada tanya pasal awak.”

Maksud tersirat: Lelaki ini serius dengan anda. Lelaki yang memperkenalkan teman wanita mereka kepada keluarga biasanya mereka betul-betul serius dalam perhubungan.

4. “Jom kita lepak”

Maksud tersirat: Si dia mungkin tertarik dengan anda dan mahu meluangkan masanya dengan orang yang telah mencuri hatinya itu. Ini juga salah satu cara dia mendekati diri anda. Bak kata orang menyelam sambil minum air!



5. “Kenapa laaa kita baru kenal sekarang? Kenapa tak dari dulu?”

Maksud tersirat: Wow! Nampaknya si dia betul-betul jatuh cinta dengan anda. Mungkin si dia mengagumi diri anda dan mahu mengenali anda dengan lebih mendalam.

6. “Setakat nak jumpa kawan je pun. Buat apa nak pakai cantik-cantik?”

Maksud tersirat: Si dia berasa cemburu kerana ada orang lain dapat lihat kecantikan anda. Si dia takut anda akan diganggu atau digoda oleh orang lain.

7. “Saya memerlukan ruang untuk beberapa hari”

Maksud tersirat: Ayat ini yang paling di geruni oleh setiap wanita! Ayat ini bermaksud anda terpaksa ucapkan selamat tinggal kepada hubungan anda. Si dia benar-benar mahukan ruangnya sendiri dan tidak mahu diganggu oleh anda. Berkemungkinan sudah bosan dan tidak mahu meneruskan hubungan dengan anda.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 398,623 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen