Amalkan Doa Ini Jika Anda Sedang Merindui Seseorang.

 

Ketika menjalani perhubungan, rasa cinta dan rindu itu meluap-luap dalam diri seseorang. Rasa yang tidak boleh ditanggung dan ditahan. Kalau kerap berjumpa takut tidak elok di pandang orang, namun tidak tahu bagaimana untuk menyembunyikan rasa rindu ini terhadap orang yang kita cintai. Kadang, rasa rindu ini juga boleh mendekatkan kita dengan perkara-perkara yang tidak elok dalam perhubungan kita. Bagaimana kita hendak kekalkan hubungan kita agar berada di jalan yang betul. Iaitu dengan berdoa.

“Hendaklah mereka menahan pandangan dan memelihara kemaluan, yang demikian adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya, Allah maha mengetahui apa yang mereka kerjakan.” (Surah An-Nur:30).

Jika kita rasa rindu terhadap seseorang, tidak salah jika kita berdoa untuk orang yang kita rindu itu merasai rindu kita. Seperti doa rindu dari jauh Nabi Yusuf ketika merindui Zulaikah.


“Ya Allah, sampaikan salam rinduku kepada…(nama penuh orang yang dirindu)… sehingga menjadi kerinduannya.”

Selepas itu bacakan surah Al-Fatihah, dan niatkan di dada dengan seikhlas mungkin. Semoga Allah sampaikan rasa hati anda.

Selain itu juga, beberapa doa lain yang anda boleh gunakan untuk memohon kepada Allah apabila anda merindui seseorang.


“Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada’ Asyara Kaukabauw Wasy syamsa Wal Qamara Ra aituhum Lii Sajidin.”

Maksudnya: “Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya,” Wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku” (Surah Yusuf: 4).


“Wa-alqaytu ‘alayka mahabbatan minnii walitushna’a’laa ‘ainii.”

Maksudnya: Dan aku telah melimpahkan kepadaMu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu di asuh di bawah pengawasanku” (Surah Thaahaa: 39).


“Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi rabbil alamin. Arrahmaanirrahiim. Maaliki yaumiddiin. Iyyaka nabudu waiyyaaka nastaiin. Ihdinashirratal mustaqim. shiratalladzina an’amta alaihim ghairil maghduubi alaihim waladhaalin.”

Mkasudnya: “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya kepada Engkau-lah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukkan lah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat” (Surah Al Fatihah: 1-7).


“Yuhibbunahum kahubillahi wallazina amanuu ashaddu hubbanlillah.”

Maksudnya: “Mereka mencintainya (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah, sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah” (Surah Al-Baqarah: 165).

“Zuyyinalinnasi hubbushahawati minannisa’i walbani na walqanaathiril muqanthorotiminazzahabi walfidhah”

Maksudnya: “Dihiasi (dan dijadikan indah) bagi manusia kesukaan kepada benda-benda yang diingini, iaitu perempuan-perempuan dan anak-anak, harta-benda yang banyak dari emas dan perak” (Surah Ali-Imran:14).


Tidak lupa juga, doa kepada kedua-dua ibu bapa kita yang banyak berkorban untuk kita. Tidak salah jika rasa rindu kita ini sangat besar padanya.


“Allahummaghfirlii waliwaalidayya war hamhumaa kama rabbayaanii shagiiraa.”

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, ampunilah aku dan kedua orang tuaku (ibu bapaku), sayangilah mereka seperti mereka menyayangi sewaktu masih kecil.”

Selamat mencuba, semoga orang yang kita rindu itu, dapat merasai rindu yang sama.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,558 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen