7 Sebab Lelaki Perlu Menghargai Wanita Tanpa Alasan.

 

Selain wanita perlu menghargai lelaki sebagai suami mereka, lelaki juga perlu menghargai wanita tanpa sebarang alasan. Bermulanya perkenalan antara lelaki dan wanita, menghargai dan menghormati wanita amat lah dititik beratkan.



Ini kerana jika anda lelaki tidak menghargai wanita, bagaimana pula dengan adik perempuanmu, kakakmu, malah yang paling penting ibumu iaitu syurgamu?!

Jom baca 7 sebab lelaki perlu menghargai wanita tanpa sebarang alasan, malah menyayangi mereka dengan sepenuh kasih sayang!

1. Kerana wanita sanggup berhenti kerja demi menjaga anak dan menguruskan hal rumah tangga. Sebahagian daripada mereka juga sanggup menggantikan tempat lelaki bekerja kerana pendapatan mereka yang lebih besar.

2. Mereka sanggup menolak segala keinginan sendiri hanya kerana mereka sangat mendengar kata, taat dan menjaga hati suami. Contoh seperti apabila disuruh berhenti kerja, menukar cara pemakaian dan sebagainya selagi tidak melanggar hukum agama pasti dituruti.

3. Menurut kajian, wanita bagaikan menatang lelaki bagai minyak yang penuh sebelum berkahwin apatah lagi selepas berkahwin.

Sejak belum bercinta, wanita tidak pernah berkira dan akan sentiasa mengutamakan keperluan lelaki. Apatah lagi setelah sahih bergelar kekasih dan seterusnya menjadi isteri.

4. Jika si suami atau teman lelaki sebut sahaja lapar, pasti si wanita akan masak dan sanggup menghantar makanan ke rumah. Tidak kira walaupun setelah penat pulang daripada kerja, si isteri sanggup memasak hidangan kegemaran mereka. Bukan sahaja isteri malah, ibu mu juga sanggup memasakkan makanan kegemaran kamu, bukan?



5. Selain daripada itu, kebersihan lelaki menjadi salah satu tugas buat wanita kerana wanita tidak suka akan lelaki yang tidak kemas dan berbau. Bagaimana wanita menjaga kebersihannya, begitu jugalah dia akan menjaga kebersihan pasangan juga.

6. Wanita juga amat telus dengan perasaan mereka dan sering memanjatkan doa kepada pasangan agar mendapat kesejahteraan di dunia dan akhirat. Sanggup menolak tepi segala kepentingan diri. Jika boleh seluruh kebahagiaan dirinya mahu diberikan kepada pasangannya.

7. Sama ada kerja mahu pun tidak, wanita akan tetap turun ke dapur memasak kemudiannya menguruskan rumah tangga. Sangat beruntung jika wanita mendapat suami yang pandai beraksi di dapur dan meringankan tulang si isteri untuk membantu membersihkan rumah.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 373,821 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen