Tanda-Tanda Anda Adalah Teman Wanita Yang Teruk Buat Pasangan Anda.

 

Perhubungan itu adalah satu perkongsian yang perlu dilakukan oleh dua orang dan bukannya sebelah pihak sahaja. Jadi apabila anda tidak bertindak dalam perhubungan ini, dan hanya mengharapkan tindakan yang dilakukan oleh pasangan anda. Ia membuat anda menjadi seorang pasangan yang teruk. Seorang pasangan yang teruk juga sentiasa berkelakuan yang tidak sepatutnya dalam perhubungan mereka. Mereka tidak menjaga hubungan mereka malah hanya mementingkan hal-hal lain yang menyebabkan hubungan berakhir.



Mungkin anda tidak perasaan bahawa diri anda atau pasangan anda adalah pasangan yang teruk. Jadi ini lima tanda bahawa anda adalah pasangan yang teruk.

1. Mempunyai hubungan dengan orang lain.

Ketika menjalinkan hubungan dengannya, anda juga mempunyai beberapa lelaki lain sebagai simpanan anda. Ia juga dikenali sebagai ‘backup plan’ jika kalau terjadi apa-apa terhadap hubungan anda. Walaupun anda hanya menyatakan ia adalah kawan, tetapi niat anda adalah untuk pergi kepadanya jika hubungan anda tidak menjadi.

2. Keras kepala.

Anda juga seorang yang keras kepala, setiap perkara yang berlaku, anda ingin menyatakan bahawa anda sahaja yang betul. Walaupun, dalam ketika itu anda tahu bahawa anda salah tetapi anda masih lagi dengan keras kepala anda. Tidak lupa juga, walaupun anda sudah melakukan salah, anda tetap akan menyalahkan pasangan anda.

3. Tidak jujur dengan pasangan.

Jujur adalah satu perkara yang penting dalam perhubungan. Tetapi jika anda tidak berlaku jujur dengan pasangan, bagaimana anda mahu menyatakan bahawa anda adalah pasangan yang terbaik. Jadi berlaku jujur adalah perkara yang lebih baik walaupun ia menyakitkan hati pasangan anda.


4. Cemburu tidak kira tempat.

Ini juga adalah satu masalah dalam perhubungan. Tidak salah untuk rasa cemburu, tetapi jika cemburu yang berlebihan ia akan mendatangkan masalah yang besar. Terutama jika cemburu buta. Jangan bertindak melulu terhadap pasangan anda, adalah lebih baik anda berbincang dengannya secara elok.

5. Anda hanya menerima dan tidak memberi.

Sikap hanya mahu menerima dan tidak mahu memberi dalam perhubungan adalah satu perkara yang sangat tidak bertanggungjawab. Dalam perhubungan kelakuan menerima dan memberi adalah perlu. Jika anda tidak melakukannya anda hanya berharap pasangan anda memperbaiki hubungan anda apabila pergaduhan berlaku.

Jika anda ingin menjadi pasangan yang baik, anda perlu sama-sama berjuang untuk mempertahankan hubungan anda. Bukannya membiarkan pasangan anda sahaja yang mengendalikan semua yang berlaku dala perhubungan. Jadi cuba selami hati pasangan anda dan berjuang bersamanya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,078 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen