Pasangan Yang Tidak Bahagia, Perlu Sedar Tentang 3 Perkara Ini!

 

Ketika hubungan berantakan, dan sudah tidak ada kata sepakat, pasangan sering menyatakan mereka sudah tidak bahagia dan ingin memutuskan hubungan. Adakah hubungan mereka tidak boleh di selamatkan lagi?



Jadi, setiap pasangan perlu sedar 3 perkara di bawah ini supaya kurang berlaku perselisihan faham, jom baca!

1. Tiada persamaan antara kalian berdua.

Setiap manusia di dunia ini percaya bahawa, setiap pasangan yang serasi adalah apabila mereka berdua mempunyai persamaan. Ini kerana dengan persamaan yang dimiliki oleh mereka berdua mampu mengeratkan hubungan.

Tetapi mengapa pasangan yang tidak mempunyai persamaan, masih boleh mengekalkan hubungan? Ini kerana, mereka adalah dalam satu pasukan yang kuat. Sebagai contoh di dalam group atau band menyanyi, sudah tentu mempunyai vokalis, gitaris, atau pemain drum. Jadi anda yang mana?

Maka setiap peranan akan melakukan tugas mereka dengan bersungguh-sungguh kerana untuk menaikkan nama band mereka sehingga berjaya dan popular. Jadikan situasi mereka sebagai panduan.



2. Berhenti bersaing antara satu sama lain.

Berhenti bersaing antara satu sama lain, tetapi beri sokongan antara kalian berdua. Seperti yang dinyatakan di atas, pasangan di dalam hubungan adalah seperti di dalam satu pasukan. Siapa yang mahu bersaing jika anda berdua adalah dalam satu pasukan, bukan?

Situasi ini sering berlaku, apabila salah seorang daripada pasangan mempunyai pekerjaan yang lebih tinggi, umur yang lebih tua daripada pasangan, pelajaran yang tidak setaraf antara pasangan berdua. Jadi, menghormati antara satu sama lain, dan faham tentang peranan masing-masing perlu dititik beratkan.



3. Mencari pengganti adalah bukan jalan penyelesaian.

“Kecurangan bakal menghancurkan hubungan sehingga tidak boleh diperbaiki lagi”

Ingat, mencari orang baru bukan lah menjadi jalan penyelesaian jika hubungan anda dengan kalian tidak bahagia. Pasangan yang berkekalan percaya bahawa, pihak ketiga adalah perkara yang paling buruk boleh berlaku di dalam hubungan yang sihat.

Maka, memperbaiki diri sendiri dan pasangan adalah jalan yang terbaik anda boleh lakukan.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,375 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen