Ciri-Ciri Lelaki Yang Dapat Mendampingi Wanita Yang Garang.

 

“Wanita yang garang adalah kekuatan mereka. Jika ada lelaki yang mahu mendampingi mereka, anda perlu 10 kali lebih kuat daripada wanita ini. Oleh kerana itu, wanita yang garang, kuat dan berdikari adalah satu rahmat. Maka, mereka akan membuatkan seorang lelaki berpotensi untuk mengubah diri mereka menjadi yang terbaik”

Mentaliti masyarakat selalu menyatakan, apabila kita adalah seorang yang terlalu petah bercakap, kelak akan mendapat jodoh atau pasangan yang pendiam. Tetapi adakah pasangan yang pendiam itu, akan merelakan pasangan mereka berkata-kata tanpa henti?



Bagaimana pula dengan seorang wanita yang garang, tegas, kuat dan berdikari? Mereka mampu berdiri dan membuat segala aktiviti tanpa kehadiran lelaki. Sudah tentu perkahwinan itu adalah satu sunnah untuk kita ikuti. Setiap manusia pasti berpasang-pasangan.

Bukan wanita yang tegas dan berdikari ini tidak mahu berpasangan, tetapi hanya kerana tiada lelaki yang mampu memenangi hati mereka. Tiada lelaki merasakan mereka layak untuk mendampingi wanita seperti ini.



Lelaki selalu menyatakan :

“Jangan garang sangat, nanti tak ramai lelaki nak dekati awak”

“Awak perlu cari lelaki yang lebih kuat daripada awak”

“Kalau awak lebih dominan daripada lelaki, awak ingat ada lelaki yang nak kat awak ke?”

“Memang lah lelaki tak kisah perempuan yang berdikari, tapi dah semuanya awak nak buat sendiri, saya ni apa pada awak?”

“Tolong dengar cakap saya, saya tahu sebelum ni memang tak ada siapa nak nasihat awak semua, tapi kali ini, awak ada saya, saya boleh bantu awak”



Wahai lelaki, wanita yang tegas, kuat dan berdikari ini, tidak gemar mendengar segala bebelan tanpa tindakan. Jika anda mahu membantu dan menolong mereka, bertindak dengan cepat!

Wanita ini, amat memerlukan lelaki yang sangat selesa dengan dirinya malah membenarkan mereka untuk mengetuai aktiviti yang mereka mampu untuk lakukan.

Wanita itu amat memerlukan lelaki yang membenarkan mereka untuk mengejar impian mereka tanpa rasa di ancam oleh sesiapa. Malah mereka mahu impian mereka diiktiraf oleh sesiapa sahaja.

Wanita ini amat memerlukan lelaki yang tidak putus asa terhadap mereka.

Dan wanita ini boleh jadi sangat setia, jika ada lelaki yang boleh mempercayai mereka secara total dan melentur hati mereka yang tegas mahupun garang.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,355 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen