Tips Memiliki Jejaka Idaman Anda.

 

Perigi mencari timba, apakah salah? Sejarah mencatatkan Khadijah adalah wanita yang meminati Rasulullah s.a.w, lalu Khadijah berusaha mendapatkan Rasulullah s.a.w untuk dijadikan teman hidupnya. Ini bermakna, perigi mencari timba bukanlah perkara yang melawan fitrah. Tetapi, perlu mempunyai teknik tertentu agar tidak kelihatan keterlaluan dalam mencintai seorang lelaki. Antara yang boleh diusahakan untuk mendapatkan lelaki idaman dengan:



1. Memberi ‘hint.’

Melalui media sosial sekarang, anda tidak perlu bersua muka dengan mereka untuk menyatakan hasrat menjadikan si dia sebagai suami. Antara yang boleh dilakukan adalah dengan memberi hint agar dia merasa akan kehadiran anda dan menyebabkan dia senang dengan situasi tersebut. Misalnya dengan like status Facebook si dia, bergurau apabila mesej. Tapi diingatkan, usah berlampau, nanti dikatakan syok sendiri pula. Yang penting membuatkan dia selasa dengan anda. Apabila sudah lama, barulah nyatakan hasrat anda.

2. Risik.

Tidak salah jika anda bertanya terus kepada si dia untuk mendapatkan kepastian adakah si dia sudah berpunya mahupun belum. Jika belum, apa lagi. Lakukan misi seterusnya. Katakan anda ingin menjadi pemaisuri di hati si dia. Beritahu secara berkias terlebih dahulu, jika tidak faham juga, berterus terang sajalah.

3. Minta bantuan kawan.

Carilah kawan yang boleh dipercayai untuk dia membantu anda mendapatkan si dia. Cara ini lebih sopan. Adalah lebih baik mencari kawan yang sudah berkahwin dan mereka suami isteri juga berkawan dengan si dia. Mudah urusan, mana tahu suami kawan tu boleh tolong adjust hal tersebut. Tak adalah malu sangat kan?


Oleh itu, rancanglah dengan baik agar si dia dapat menjadi pasangan hidup anda kelak. Apabila si dia bersetuju untuk menjadi calon suami, mintalah si dia menjalankan perkara formal yang dilaksanakan kebiasaan di Malaysia. Minta si dia berjumpa ibu bapa anda, melakukan majlis pertunangan, menetapkan tarikh perkahwinan dan apa lagi, nikah lee.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,251 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen