10 Sebab Mengapa Anda Jangan Lepaskan Pasangan Yang Memberi Anda Peluang Kedua.

 

Setiap insan berhak di beri peluang kedua, kerana jika tidak diberi peluang, maka mereka tidak berkesempatan untuk membetulkan kekurangan sebelum ini. Tetapi terpulang kepada individu untuk memberi peluang atau pun tidak, kerana ia melibatkan hati dan perasaan masing-masing.



Namun, bagi mereka yang diberi peluang kedua untuk menebus kesalahan, jangan lepaskan pasangan seperti ini kerana..

1. Pasangan yang memberi anda peluang yang kedua, mereka tidak akan memberi peluang yang ketiga. Jadi, anda perlu buktikan bahawa anda bersungguh-sungguh mahu kan diri mereka hingga selama-lamanya. Jangan sakiti hati dan perasaan mereka lagi, jika tidak mahu ditinggalkan.



2. Pasangan yang memberi anda peluang kedua adalah seorang yang sangat kuat dan menerima segala kesalahan yang anda lakukan. Namun sedemikian, mereka bukan lah secara total memaafkan anda kerana mereka semakin berhati-hati.

3. Bukan salah mereka, jika anda kembali dan terus melakukan segala kesalahan yang sama. Jadi, jangan menuding jari dan menyalahkan mereka kerana jika mereka telah memberi anda peluang kedua, mereka adalah perkara yang terbaik pernah terjadi dalam hidup anda.

4. Pasangan yang memberi anda peluang kedua adalah seorang yang berjiwa besar. Jadi jangan lepaskan mereka kerana walaupun anda telah melukakan hatinya dan berlaku tidak adil pada mereka, si dia masih lagi percaya bahawa anda akan berubah.



5. Pasangan yang memberi anda peluang kedua adalah seorang yang mengharapkan anda mampu untuk membina kembali hubungan sehingga berkekalan.

6. Pasangan yang memberi anda peluang kedua, adalah sebenarnya seorang yang percaya pada anda yang akan menyayangi mereka dengan cara yang lain tidak sama seperti kisah lepas. Mereka tidak mahu kisah silam berulang kembali, mereka mahu anda yang lain.

7. Pasangan yang memberi anda peluang kedua ini sangat memahami bahawa semua manusia sentiasa melakukan kesilapan dan berhak diberi peluang. Mereka sendiri mengaku tidak juga sempurna, dan kerana itu mereka memberi anda peluang untuk mencintai mereka kembali.



8. Dan yang paling utama, pasangan ini tahu bahawa anda ada potensi untuk berubah, jadi jangan hancurkan kepercayaan mereka.

9. Pasangan yang memberi anda peluang kedua adalah seorang yang meletakkan harapan yang tinggi pada anda, maka jangan lah anda memungkiri janji untuk tidak mencintai mereka.

10. Tiada yang lain, tetapi hanya kerana mereka masih mencintai dan menyayangi anda sepenuh hati. Jika mereka tidak merasakan cinta itu, memang tiada peluang yang kedua untuk anda.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,218 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen