Berpisah, Tak Gelisah.

 

Orang kata, “jodoh pertemuan itu ditangan Allah.” Apabila sudah kita berusaha untuk mendapatkannya, malah telah dijaga elok-elok ikatan tersebut, tetapi Allah tidak berkehendak untuk menjodohkan kita, tidak mengapa. Redhakan saja dengan takdir tersebut.



Kita mempunyai perancangan, Allah juga mempunyai perancangannya yang tersendiri. Tetapi yakinlah perancangan Allah itu adalah yang terbaik buat kita. Mungkin saja Allah mahu gantikan orang yang lebih baik buat kita. Sebab itu dia pisahkan perhubungan tersebut.

Jika sudah tidak mempunyai jodoh bersama si dia, tidak mengapa. Setiap apa yang diberikan kepada kita baik mahupun buruk, tentunya mempunyai hikmah yang tersendiri. Carilah hikmah tersebut kelak. Tetapi perlu dalam keadaan sabar dan tenang, pasti akan kelihatan hikmah tersebut nanti.


Redha akan ketentuan bukan sekadar kata-kata. Tetapi perlu selari dengan perbuatan dan hati iaitu tidak melakukan hal yang mendatangkan bahaya atas kekecewaan tersebut serta ikhlas menerima ketentuan. Dengan menunjukkan ketenangan sebenarnya menggambarkan kita sudah menerima semua ketentuan Allah dengan baik.

Ikhlas terhadap semua kebaikan yang telah diberikan kepada pasangan dahulunya. Tidak mengharapkan pemberian hatta ucapan terima kasih sekalipun. Kerana dengan mengharapkan itu, hati seolah-oleh terhimpit dalam situasi tersebut. Maka, lepaskan saja dia pergi.

Rawatlah kekecewaan dengan pengharapan kepada Allah. Banyakkan masa untuk bersujud kepadanya. Berdoa agar diberikan jodoh yang baik malah jodoh itu lebih baik dari sebelumnya. Dengan berfikir begitu, mudah-mudahan ia akan menjadi kenyataan.


Berbaik sangkalah kepada Allah. Kerana Allah menurut sangkaan hamba-Nya. Jika kita berfikir yang baik-baik, perkara baik jugalah yang akan mendatangi kita kelak. Apapun, teruskan membayangkan keindahan hidup di masa hadapan. Baru tak stress.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,532 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen