Jom Hayati, 10 Kata-Kata Nasihat Daripada Mereka Yang Bangkit Setelah Putus Cinta.

 

Kadang kala, kita memerlukan kata-kata semangat setelah hubungan cinta berakhir. Untuk bangkit setelah jatuh memang sukar jika orang sekeliling tidak membantu, jadi jom kita hayati kata-kata nasihat di bawah!

1. “Menunggu lelaki untuk berubah, adalah satu kesalahan besar yang wanita telah lakukan”

2. “Jika mereka bukan pasangan serasi sejak dari awal perkenalan, jangan bazirkan masa, move on!”


3. “Menyintai dan menerima diri sendiri seadanya adalah satu perkara yang perlu dilakukan sebelum menyintai orang lain”

4. “Jika kita merasakan si dia tidak lagi mengejar kita, bosan dengan kehadiran kita, ia tetap akan berakhir. Berfikiran terbuka untuk menerima apa jua yang akan berlaku pada masa hadapan kerana anda dengan dia telah meninggalkan kenangan dan memori yang indah”

5. “Jangan menjangka kan seorang yang suka menipu akan berubah sekelip mata. Jika dia adalah seorang attention seeker dan suka menipu kerana sentiasa mahu kelihatan baik pada orang ramai, perangai begini memang sukar untuk di ubah”


6. “Jangan merayu atau memaksa si dia untuk menyintai diri anda, kerana cinta yang jujur setulus hati adalah apabila si dia mula melayan anda sama penting seperti ahli keluarganya”

7. “Tidak kira berapa lama anda berdua telah lama mengenali antara satu sama lain, telah berkongsi hidup ketika gembira dan berduka, tetapi jika si dia tidak mahu lagi bersama, tiada apa lagi anda boleh lakukan.

Tetapi anda perlu memperbaiki diri sendiri, dan mencari diri anda kembali. Mengapa ini semua terjadi, pasti ada hikmah tersembunyi”

8. “Jika pasangan telah fed up dengan kita, dan kita masih memaksa mereka untuk mengekalkan hubungan, perasaan cinta itu tidak sama seperti dahulu kerana mereka hanya berasa simpati pada kita”

9.”Set kan minda kita, untuk tidak melebihi mencintai diri mereka jika masih belum berumah tangga.

“Cintakan diri sendiri daripada dia..

Cintakan diri sendiri lebih daripada diri dia…

Cintakan diri sendiri dan pada Ilahi…

Jika kita telah setkan minda untuk tidak melebihi cinta pada si dia, apabila kita ditinggalkan tidak lah kita merasa merana”

10. “Apabila si dia hanya menyakiti diri anda berulang kali dan terus menerus tanpa mengungkapkan kata maaf, jangan berikan mereka peluang, move on!”


 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,641 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen