Usah Meninggalkan Orang Tuamu Saat Bersama Pasangan Kelak.

 

Ibu atau ayah adalah orang yang sangat berjasa dalam hidup. Ketika kita susah, dialah orang yang akan membantu. Ketika sedih, dia memujuk. Ketika senang, dia gembira. Tiada pembalasan yang diharapkan kecuali hargai pengorbanan mereka.

Saat kau ingin bersama pasangan, mereka merelakan dalam keadaan sedih. Sedih untuk berjauhan, sedih kerana akan kurangnya pertemuan bersamamu kelak. Kesedihan itu kadang mereka simpan supaya kau tenang bersama pasangan. Tidak ditunjukkan dihadapan orang ramai, tetapi sedih bersendirian.



Apabila kau telah bersama pasangan kelak, seringlah berkunjung ke terataknya. Teratak yang kau bermain-main dulu, suka dan duka di sana. Bukankah tempat itu tersimpan pelbagai memori indah bersama keluarga di saat susah dan juga senang. Maka, luangkan masa sedikit demi mereka. Mereka atau kau, tidak diketahui siapa yang pergi dulu bertemu pencipta. Oleh itu, hargailah masa yang ada ini bersama mereka.

Hulurkanlah wang untuk mereka. Adakah kau lupa, mereka tidak mudah menolak keinginan kau ketika dahulu apabila apa yang kau inginkan itu baik dan dalam keadaan mereka berkemampuan. Tetap mereka akan berikan. Malah. Lebih juga ada. Jadi, kenapa terlalu ego untuk membantu mereka saat senang? Percayalah, rezeki kau akan bertambah jika kau hulurkan wang kepada mereka.


Kasih sayang terhadap kau tidak pernah dia abaikan. Ketika kau melangkah untuk bersama pasangan, hatinya tetap utuh untuk mencintai kau sehingga akhir hayatnya. Jika mereka pernah melukai kau, lupakan saja. Pengorbanan melahirkan, memberikan susu, membesarkan kau saja sudah membawa erti yang besar dalam hidup kau.

Jika kau lupa terhadapnya, percayalah dia tidak pernah lupa untuk mencintai kau. Apabila kau berbuat salah terhadapnya, pasti dan pasti dia akan mengampunkan perbuatan tersebut. Buangkan saja ego tersebut. Pergi bertemunya ketika mereka masih ada ini. Jika sudah tiada, jangan sekali kau sesal. Pesanan ini dinukilkan agar kau tidak lupa kelak.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,797 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen