Lima Cara Berpisah Dengan Matang Selepas Sudah Tidak Sefahaman.

 

Apabila sudah tidak sefahaman lagi, kata sefahaman adalah putus. Tetapi jika hanya sebelah pihak sahaja yang mahu memutuskan hubungan dan sebalah lagi tidak bagaimana? Adakah perlu diteruskan? Tapi bagaimana pula jika sudah nekad untuk berpisah, tetapi tidak tahu cara untuk berterus terang bagaimana?



Ini dia lima cara berpisah dengan pasangan anda melalui cara yang betul bukannya bertindak seperti orang yang tidak matang.

1. Berhadapan dengannya.

Cara berpisah dengan betul adakah dengan berhadapan denagannya. Walaupun agak sedikit kekoh untuk meluahkan secara hadapan, namun ini adalah perkara yang paling pantas untuk berlakunya perpisahan. Apabila berhadapan dengannya, anda akan sedar bahawa anda masih mencintai dirinya atau tidak. Jika tidak anda pasti mampu lakukan itu, jika anda masih sayang padanya pasti anda tidak mampu.

2. Gunakan perkataan sebenar.

Anda akan meluahkan rasa hati anda, jangan lupa gunakan perkataan yang jelas. Sebagai contoh, berpisah, putus, brake up dan pelbagi lagi. Perkataan-perkataan ini membolehkan pasangan anda mendengar dengan jelas setiap ayat yang hendak anda sampaikan. Tidaklah si dia keliru nanti.

3. Pastikan si dia orang pertama yang tahu.

Jika anda belum berpisah dengannya, jangan membiarkan orang lain tahu akan pertengkaran anda. Jadi biarkan dirinya orang yang pertama yang tahu akan keputusan anda. Disebabkan itu anda tidak akan merasa was-was terhadap keputusan anda. Selepas selesai dengannya boleh lah anda memberitahu rakan-rakan anda bahawa hubungan anda dengannya telah tamat.


4. Jangan sesekali menyalahkannya.

Mungkin akan ada sedikit pergaduhan ketika itu, namun harus diingat jangan cuba untuk menyalahkan pasangan anda. Biarkan sahaja dirinya menyalahkan anda. Hal ini kerana, anda yang meminta untuk memutuskan perhubungan. Bukannya dirinya. Jadi terima sahaja lah.

5. Jangan memberi harapan yang anda tidak boleh lakukan.

Walaupun keputusan anda tidak dipersetujui, jangan pernah anda katakan akan memberinya peluang untuk memulakan perhubungan baru. Jangan sesekali memberi harapan terhadap satu perkara yang anda tidak boleh lakukan dengannya. Jadi biarkan sahaja dirinya dengan keputusannya. Yang penting urusan anda telah selesai.

Permulaan dan perpisahan dalam satu perhubungan perlu dilakukan dengan secara matang. Bukannya dengan pergaduhan kanak-kanak yang akhirnya akan membawa kebencian. Mungkin anda dan dirinya tidak ada jodoh, tetapi jangan letakkan kebencian itu pada akhir perhubungan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 446,632 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen