Balik Raya Di Kampung Siapa, Topik Wajib Setiap Kali Nak Raya.

 

Apabila tiba sahaja hari raya mesti ada pasangan yang tak terlepas dari bergaduh untuk tentukan destinasi hari raya sama ada di sebelah keluarga suami ataupun isteri. Hari raya adalah hari untuk menambah mesra antara suami isteri malah sanak saudara. Sebaiknya gunakan sistem giliran agar masing-masing dapat berhari raya bersama dengan insan tersayang. Andai ada kecemasan atau keutamaan, bolehlah dilaksanakan toleransi, digantikan giliran yang tak berlaku tahun ini pada tahun depan pula.



Bagi pasangan yang baru kahwin, hari raya ini pasti ada yang menangis teresak-esak, sebab tidak dapat beraya dengan ibu bapa di kampung. Tahun ini berilah peluang kepada isteri, ikutlah dia balik ke kampung keluarga. Sebagai suami, banyakkan bersabar dalam menangani karenah isteri. Mengalah tahun ini, raya tahun depan balik pula di rumah emak sebelah lelaki. Adilkan? Lagi pun tidak ada guna pun menangis hentak-hentak kaki hanya kerana tidak dapat beraya dengan emak. Daripada berkelahi di pagi mulia, lebih baik memikirkan hari-hari selanjutnya setelah menjadi suami isteri dan didik isteri dengan iman dan ilmu agar dia faham dan tahu maksud taat dan hormatkan suami.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 313,777 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen