Proses Mewujudkan Cinta Kepada Seseorang.

 

Hidup tidak selalunya indah;
Langit tak selalu cerah;
Suram malam tak berbintang;
Itulah lukisan alam;
Begitulah aturan Tuhan.

Apa yang kita inginkan, tidak semestinya diberikan oleh Allah kepada hamba-Nya. Kerana Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita. Oleh itu, apa juga yang kita dapatkan perlulah disyukuri dengan sebaik mungkin. Begitu juga tentang jodoh.

Kadang, ada orang mendapatkan jodoh bukan dengan orang yang dicintai. Tapi kita mesti yakin dengan kata-kata ini. “Berkahwin dengan orang kita cintai itu kemungkinan, mencintai orang yang dikahwini itu kewajipan.” Oleh itu, untuk mewujudkan cinta terhadap seseorang, kita perlu berusaha ke arah tersebut dengan cara:



1. Perhatian.

Berikan perhatian kepada pasangan walaupun dia bukanlah orang yang kita cinta. Dengan usaha tersebut, kita akan nampak kesan tersebut apabila kita memberikan perhatian kepada pasangan. Di awal perkenalan agak sukar, tetapi yakinlah. Dengan kita memberi kebaikan kepada seseorang, kita juga akan mendapat kebaikan yang sama kelak.

2. Kasih sayang.

Kasih sayang perlu dipupuk dengan baik. Biarpun pahit diawalnya, kemanisan akan terasa dihujungnya. Dengan mewujudkan kasih sayang, sebenarnya ia memberikan efek positif terhadap diri. Diri akan menjadi seorang yang lebih tenang berbanding jika kita mengambil pendekatan untuk protes dengan keputusan Allah.

3. Mendoakan.

Tempuhlah ujian tidak bersama dengan orang yang dicintai dengan tenang. Berdoalah agar dia diberikan jodoh yang baik. Doakan juga agar anda dan pasangan dapat hidup dengan kehidupan yang diberkati Allah. Kadang, apabila mencintai seseorang, kita perlu lepaskan juga. Agar hidup kita juga akan lebih tenang.

4. Komitmen.

Berikan komitmen dengan sebaik mungkin. Sudah menjadi tanggungjawab kepada diri untuk melaksanakan komitmen dalam rumah tangga. Oleh itu, redha dengan ketentuan tersebut. Binalah hidup yang baru bersama orang baru.


وَعَسَىٰ أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
[Al-Baqarah: 216]




Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,940 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen