Lima Tanda Anda Berasa Puas Hati Dalam Satu Perhubungan Yang Lama.

 

Dalam pelbagai jenis orang di muka bumi ini, pasti ada yang sangat bertuah kerana berjaya mempertahankan satu perhubungan dalam jangka masa yang agak panjang. Ada juga yang berjaya mempertahankan satu perhubungan hingga ke jinjang pelamin. Mungkin ia bermula dengan cinta monyet dan berakhir dengan satu ikatan yang sah. Siapa sangka bukan? Tetapi ada sahaja pertanyaan mengapa boleh bertahan dengan seseorang dengan begitu lama? Tidak bosan kah dengan tingkah lakunya? Atau sudah lalai dengan segala sikap si dia?



Hanya orang yang pernah melibatkan diri dalam satu perhubungan yang lama sahaja yang mengetahui jawabannya. Walaupun begitu, lima perkara ini yang menjadi punca mengapa seseorang itu merasa puas terhadap hubungan jangka panjangnya.

1. Berpuas hati dengan cinta yang ada.

Agak susah untuk berpuas hati terhadap cinta yang telah ada. Biasanya seseorang akan mudah melihat kekurangan pasangan apabila telah alam bercinta. Tetapi tidak bagi anda, anda merasakan sangat berpuas hati dengan rasa cinta yang telah anda dan pasangan berikan. Hal ini kerana, anda dan pasangan saling berjuang untuk memenangi cinta itu.

2. Tidak membuka ruang untuk kenal lebih ramai orang.

Anda mahupun pasangan lebih selesa untuk berdua dan tidak membuka ruang untuk berkenalan dengan lebih ramai orang. Hal ini menyebabkan tahap untuk berlaku kecurangan atau penglibatan pihak ketiga adalah rendah. Sebab itu anda mampu bertahan.

3. Lebih suka memberi komitmen kepada yang sedia ada.

Anda dan pasangan sudah bersyukur mempunyai antara satu sama lain. Kalian juga tidak tidak suka untuk menambah komitmen yang sedia anda. Bagi anda komitemen ketika ini sudah cukup untuk memeningkan kepala anda. Jadi cukup sahaja satu ini.



4. Tidak ingin terjebak dengan satu perhubungan yang salah.

Anda dapat merasakan pasangan anda adalah seseorang yang betul. Jadi untuk apa anda mencari yang lain. Jika ia belum tentu seseorang yang betul. Anda juga sudah malas untuk melibatkan diri dengan satu perhubungan yang salah. Di mana anda perlu memulakan segalanya dari awal. Jadi yang sedia ada ini lebih mudah.

5. Anda rasa si dia sempurna.

Tiada perkataan lain lagi yang mampu anda ucapkan untuk pasangan anda ini. Apa yang membuat anda dan dirinya mampu bertahan adalah anda merasakan si dia adalah yang sempurna. Jadi untuk apa mencari yang lain sedangkan sudah memiliki yang sempurna.

Kesimpulannya, hubungan yang memakan masa bertahun itu mampu memuaskan hati seseorang yang melibatkan diri dengannya. Walaupun ia kelihatan membosankan. Tetapi bagi kedua pelakunya ia adalah satu kesempurnaan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,620 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen