3 Perbezaan Utama Antara Cinta Zaman Dahulu Dengan Zaman Sekarang.

 

Pernahkah anda terfikir, mengapa zaman sekarang hubungan cinta antara 2 pasangan sukar untuk berkekalan jika dibandingkan dengan zaman dahulu. Tolak ketepi jika keluarga yang berporak peranda, tetapi peratusan keluarga yang berpecah belah pada zaman dahulu sangat rendah dibanding sekarang.



Zaman dahulu, tiada telefon bimbit malah televisyen juga tidak berwarna. Jadi bagaimana mereka mampu mempercayai antara satu sama lain, walaupun televisyen itu tidak berwarna-warni tetapi kelam hitam dan putih?

Jom kita lihat perbezaan mereka yang dating pada zaman dahulu dengan sekarang!

1. Komunikasi.

Zaman dahulu: Mahu pun telefon di rumah atau telefon awam sahaja yang orang zaman dahulu mampu gunakan. Jika ada perkara penting, mereka sanggup datang ke rumah pasangan untuk bertemu.

Anda ingat mereka sentiasa ada masa untuk bertemu pasangan setiap hari? Sebulan sekali? Malah zaman dahulu jarang kelihatan jalan fly over atau sedemikian, bukan? Sudah tentu perjalanan mereka lagi jauh berbanding sekarang.

Maka, mereka tiada masa juga untuk berlaku curang, jika masa yang dipenuhi hanya lah perjalanan untuk bertemu pasangan. Dengan tiada nya telefon bimbit, hanya doa sahaja yang mampu mereka sampaikan.



Zaman sekarang: Seorang mampu memiliki sehingga 2 atau 3 telefon bimbit, nombor telefon prepaid mahu pun menggunakan bill. Malah, syarikat telco juga ada membuat unlimited call, terlalu mudah untuk berlaku curang.

Hanya dalam beberapa saat, dan minit, pasangan anda sudah mempunyai pasangan lain.

2. Gambar.

Zaman dahulu: Jika anda masih ingat, zaman dahulu hanya menggunakan kodak kamera untuk mencuci gambar. Kamera digital? Belum lagi. Jika pasangan hendak berlaku curang, mereka akan berfikir banyak kali kerana tiada bukti.

Mahu cuci gambar pun mengambil masa, selesai sahaja anda mencuci gambar, pasangan anda tidak lagi berlaku curang. Jadi, mereka amat mempercayai pasangan ketika ini.



Zaman sekarang: Kamera digital, kamera dslr, kamera telefon bimbit. Malah komputer mempunyai banyak aplikasi untuk edit gambar. Mudah di fitnah, di permainkan malah mudah viral di sosial media.

3. Meletak harapan yang tinggi.

Di sebabkan zaman sekarang teknologi semakin berkembang dengan adanya telefon bimbit, maka anda semua menjangka text sms yang super sweet daripada pasangan. “Good morning sayang”, “I love you always”, “Good night sayang”.

Tipikal sms yang anda semua tagihkan dan harapkan daripada pasangan. Zaman dahulu, segalanya perlu bersemuka, bertemu janji tanpa text sms yang akan membuahkan andaian negatif. Dan kerana harapan yang tinggi, membuatkan anda semua menjadi hamba teknologi.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,532 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen