Kesan Mencintai Pasangan Kerana Allah.

 

Untuk mencinta seseorang kerana Allah, sudah pastinya kita sendiri perlu mencintai Allah terlebih dahulu. Apabila sudah mencintai Allah, barulah Allah akan hadirkan kita orang yang sama-sama mencintai Allah. Dengan wujudnya cinta kepada Allah, maka wujud jualah kesan cinta kerana Allah. Antara kesan tersebut adalah:



1. Bertambah kebaikan.

Cinta kerana Allah bukan dengan mengejutkan pasangan belum bernikah menunaikan solat, bertanya adakah pasangan sudah tahajud mahupun belum. Bukan. Kesan itu akan terlihat kepada diri sendiri. Kita merasa tanggungjawab atas dirinya sendiri dalam melaksanakan suruhan Allah. Apabila dalam mencintai seseorang, dia lalai melaksanakan suruhan-Nya, maka itu petanda cinta itu tidak murni.

2. Cinta selama-lamanya.

Cinta kerana Allah akan kekal selamanya. Saling nasihat menasihati ke arah kebaikan. Apa jua masalah yang timbul, mereka dapat menyelesaikannya dengan baik. Rumah tangga juga akan bahagia walau dilanda dengan pelbagai ujian.

3. Terima seseorang seadanya.

Yang dilihat bukanlah kecantikan atau ketampanan seseorang. Tetapi yang lebih penting adalah agama dan akhlaknya. Jika pasangan mempunyai kekurangan, dia sedaya upaya untuk menampung kekurangan tersebut dengan kelebihan yang dia ada. Bukan meninggalkan pasangan itu.


Oleh itu, buatlah penilaian terhadap pasangan anda. Lihatlah, adakah dia mencintai anda kerana Allah atau hanya kerana nafsu. Sungguh malang jika bersama pasangan yang hanya menginginkan kecantikan dan keseronokan semata-mata. Percayalah. Cinta sebegini tidak berkekalan. Malah akan menimbulkan masalah pada masa yang akan datang. Terutamanya apabila sudah berumah tangga.

Pilihan terletak di tangan anda. Jika masih sayang terhadap pasangan yang tidak mencintai Allah, maka berusahalah lebih keras agar sama-sama dapat berubah ke arah kebaikan. Carilah cinta yang sebenar-benarnya. Bukan cinta palsu daripada seseorang. Jika dia masih tidak berubah, tidak mengapalah. Berdoalah agar dia berubah kelak. Carilah orang yang sesuai untuk dijadikan pasangan terutama jika anda wanita. Kerana wanita payah untuk melawan ego seorang lelaki.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,658 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen