Lima Sebab Dugaan Datang Ketika Anda Sedang Bahagia Bersama Pasangan.

 

Apabila kita sedang berbahagia melayari satu perhubungan percintaan atau suami isteri, tiba-tiba sahaja dugaan datang tanpa diundang. Ketika dugaan tersebut datang, ia membuat kita ragu-ragu terhadap perhubungan dan pasangan kita. Rasa tidak percaya pada diri sendiri dan pasangan. Namun, tahukah anda bahawa dugaan yang datang ketika anda sedang bahagia itu mempunyai hikmah yang tersendiri. Hikmah yang jika dilihat mata kasar hanyalah keburukan tetapi jika dilihat dengan mata hati ia penuh dengan kebahagiaan.



Tetapi tidak ada siapa yang tahu hikmah yang bagaimana bakal kita peroleh. Ini dia sebab mengapa ujian itu hadir ketika anda sedang bahagia.

1. Menguji kasih sayang.

Ujian yang datang itu hanya sekadar menguji kasih sayang yang terbina antara anda dan pasangan anda. Hal ini kerana, sesebuah hubungan yang tidak bergoyang tidak akan tahu kasih sayang pasangannya itu berada di tahap yang mana. Jika ujian hadir maka, setiap pasangan tahu bahawa pasangannya sangat sayang akan dirinya.

2. Bertambah mengenali.

Setiap kali ujian datang menimpa perhubungan itu, ia hanya untuk membuat anda dan pasangan bertambah mengenali antara satu sama lain. Mengenali kelakuannya apabila masalah datang. Sama ada dirinya akan membiarkan anda sendiri atau turut bersama anda dalam menyelesaikan masalah yang mendatang.

3. Menguji kesabaran.

Setiap pasangan mempunyai tahap kesabarannya. Jadi ujian yang hadir ini hanya ingin menjentik dan menguji sahaja tahap kesabaran anda dan pasangan anda. Jika anda dan pasangan tidak dapat mengawal, maka habis lah hubungan kalian.


4. Bertambah erat.

Hikmah yang akan diperoleh seterusnya ialah, anda dan pasangan akan bertambah erat. Hal ini kerana, anda dan pasangan tidak pernah melepaskan tangan antara satu sama lain. Maka perhubungan anda akan bertambah erat walaupun ujian menimpa.

5. Mengingati Allah.

Mungkin akibat terlalu bahagia, kita terlalai dan terlupa akan pencipta kita. Jadi Allah hanya mahu kita mengingatinya walaupun dalam keadaan bahagia. Jangan hanya mencarinya ketika mengalami kesusahan.

Kesimpulannya, jangan menganggap ujian yang datang itu satu masalah yang besar. Tetapi anggaplah ia satu proses kita semakin mengenali pasangan kita. Hanya melalui perkara ini sahaja boleh lihat diri sebenar pasangan kita.

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,825 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen