Kuasai 5 Ilmu Ini Sebelum Bergelar Suami Isteri.

 

Jika anda ingin membawa kereta, apa yang perlu dilakukan? Pastinya belajar terlebih dahulu cara-cara untuk memandu kan? Begitu juga apabila ingin membina rumah tangga, kita perlu menguasai terlebih dahulu ilmu yang berkaitan dengan rumah tangga. Mengikuti kursus pra-perkahwinan sahaja tidak mencukupi bagi kita untuk menempuh alam perkahwinan. Jadi, kuasai semua ini dahulu sebelum naik ke jengjang pelamin.



1. Agama.

Sudah tentunya ilmu agama adalah perkara penting yang perlu dipelajari sebelum berkahwin. Perbaiki bacaan al-Quran dengan sempurna, ketahui cara solat yang betul kerana masih ramai dikalangan kita tidak dapat menunaikan solat dengan cara yang betul. Kemudian, pelajari ilmu fiqh. Percayalah, setelah anda bernikah, akan banyak persoalan yang timbul tentang ilmu fiqh ini terutama mengenai fiqh kewanitaan. Lelaki pun kena ketahui. Anda kan ketua keluarga.

2. Perundangan.

Ambil tahu serba sedikit mengenai perundangan dalam perkahwinan. Apa yang menjadi kesalahan suami isteri apabila berumah tangga. Pelajari juga ilmu faraid dan sebagainya supaya senang bagi kita apabila berlaku perkara yang diluar jangkaan kelak.

3. Ilmu kekeluargaan.

Lelaki dan wanita mempunyai karekter yang berbeza. Begitu juga pemikiran, sikap yang tidak dapat difahami oleh pasangan masing-masing tanpa ilmu yang mendalam. Oleh itu, ketahui bagaimana cara untuk menambat hati pasangan setelah nikah. Ilmu perhubungan yang betul mengikut cara Islam.

4. Kewangan.

Sudah tentunya apabila berumah tangga, anda dan pasangan mengimpikan kenderaan, rumah dan harta sendiri setelah bekerja keras mencari rezeki untuk keluarga. Jadi, pelajari cara untuk menyimpan wang dengan betul, keadah membeli rumah dan kereta yang mudah tanpa ditipu oleh sebahagian syarikat.

5. Pendidikan anak-anak.

Ketahui bagaimana cara untuk mendidik anak-anak semenjak dalam kandungan lagi. Sewaktu kecil mereka, apa yang perlu dilakukan apabila mereka sakit. Cara untuk mengawal anak-anak yang aktif. Seterusnya, mengusai pendidikan anak-anak melalui pendidikan Islam.


Ilmu bukanlah semata-mata dengan mendengar ceramah atau membaca buku sahaja. Di alam serba moden ini, anda boleh dapatkan ilmu dengan pelbagai cara. Oleh itu, manfaatkan sebaik mungkin agar kita dapat membina keluarga yang berkualiti. Banyak lagi ilmu yang perlu dipelajari. Ambilllah pendidikan daripada sesiapa pun, kerana itu sangat berguna untuk masa hadapan. Sekian. Selamat menuntut ilmu baru.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 631,602 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen