Hikmah Apabila Kita Ditinggalkan Atau Dikhianati Seseorang.

 

Setiap manusia mempunyai ujian berbeza-beza mengikut kemampuan seseorang. Apabila telah ditinggalkan atau dikhianati, parcayalah pasti akan ada hikmah yang Allah sembunyikan kepada kita. Jika tidak nampak diwaktu sekarang, kemungkinan besar di akhirat kelak. Yang penting kita perlu bersabar atas ujian tersebut. Antara hikmah tersebut adalah:



1. Jika Allah ingin kita dihapuskan dosa, salah satu caranya adalah dengan mendatangkan ujian. Maka, bersabarlah.

2. Jika Allah tidak membalas ganjaran di dunia, pastinya Allah membalas di akhirat. Salah satunya adalah dengan meringankan hukuman di akhirat kelak? Sudah pasti kita mahu kan? Oleh itu, lebih baik kita redha atas ujian tersebut.

3. Kadang, dengan ujian barulah mereka teringat sebenarnya dia telah melakukan kesilapan besar dalam hidup. Jadi, ujian itu dapat menjadikan dia insaf akan kesemua kesilapan yang lalu.

4. Cara Allah memberikan hidayah adalah dengan pelbagai cara. Salah satunya adalah dengan ditinggalkan atau dikhianati seseorang.

5. Ramai orang yang diuji dengan pengkhianatan dan ditinggalkan menjadikan dia seorang yang lebih baik. Oleh itu, bersyukurlah.

6. Dahulu kita banyak menginggalkan suruhannya, apabila diuji barulah kita dapat kembali kepada pencipta. Bukankah itu lebih baik daripada ditinggalkan saja oleh Allah dengan terus dilalaikan.

7. Dengan ujian, kita dapat menjiwai keperitan seseorang. Maka, usahlah membalas dendam terhadap orang lain kelak.

8. Tidak mengapalah Allah menguji kita. Fikirkan bahawa dengan ujian tersebut dapat meninggikan darjat kita? Bukankah itu lebih bagus?

9. Apabila kita bersabar dengan ujian tersebut, sudah pastinya akan menambah pahala seseorang.

10. Fikirkan yang baik-baik atas ujian tersebut. Mungkin saja Allah mahu gantikan si dia dengan orang yang lebih baik. Tidak mengapa ditinggalkan, berdoalah kepada Allah agar digantikan dengan orang soleh solehah.


Allah itu menurut sangkaan hambanya. Apabila bersangka baik kepada Allah, Allah juga akan memberikan yang baik-baik kepada kita. Bersyukurlah apabila kita ditimpa ujian. Daripada hidup dengan orang yang begitu, adalah lebih baik kita melupakannya terus.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,078 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen