Berpura-pura Bahagia Menunjukkan Anda Seorang Yang Kuat.

 

Bukan senang untuk tersenyum apabila hati sedang terluka. Pedih dan payah untuk dilupakan saat itu. Tapi itulah hakikat orang menyimpan kesedihan di dalam hati. Apabila anda berpura-pura bahagia, sebenarnya anda membuktikan anda seorang yang kuat.

Saat seseorang meninggalkan kita apabila diperlukan, dikecewakan dan dia tidak peduli akan perasaan kita. Tidak mengapalah. Terlalu kecil penderitaan di dunia ini jika dibandingkan dengan balasan Allah di akhirat kelak.



Jadilah seperti pokok yang berbuah. Apabila dibaling dengan batu, dia membalas dengan buah. Bermakna, balaslah kejahatan itu dengan kebaikan. Walaupun perit, tapi lama kelamaan kita akan bahagia.

Apabila kita tetap tersenyum dalam kekecewaan, sebenarnya menunjukkan kita ikhlas melakukan sesuatu. Tidak mengharapkan pembalasan daripada sesiapa. Biarlah hanya Allah yang menilai segala kebaikan tersebut.

Jadilah manusia yang luar biasa. Bukan biasa-biasa. Membalas semua kejahatan itu biasa, tetapi apabila kita dapat membalas semua kejahatan dengan kebaikan, itu amat luar biasa. Sebenarnya, apabila kita dalam mempositifkan diri dalam hal-hal negatif, kita juga dapat memberikan aura positif terhadap orang lain. Orang lain akan terikut akan kebaikan kita.


Orang yang mempunyai sikap positif ternyata menurut banyak kajian yang telah dijalankan, mereka ini terhindar daripada penyakit berbahaya yang sering ditakuti kebanyakkan orang. Antaranya serangan jantung, strok dan sebagainya.

Ganjaran bagi orang yang bahagia tanpa mengurik di wajah mendapat balasan di akhirat kelak. Terlupakah kita akan kata-kata Allah yang mengatakan, “adakah kamu mengira kamu akan masuk syurga sedangkan kamu tidak diuji.” Jadi, dengan ujian tersebut sebenarnya dapat mengangkat darjat kita tempat yang lebih tinggi.

Antara cara untuk menggembiran kembali hati yang sedang lara adalah dengan kembali kepada Allah. Carilah masa untuk bersendirian bersama Allah tanpa ada gangguan daripada sesiapa. Kemudian berdoalah agar kita diberikan sifat cinta dan sayang terhadap sesama insan. Kerana, orang yang mencintai musuhnya adalah orang yang kuat.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,370 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen