Wanita Yang Memiliki Enam Ciri Ini Adalah Pasangan Yang Terbaik.

 

Setiap orang mahukan yang terbaik sahaja dalam hidupnya. Tidak mahu kekurangan juga tidak mahu yang begitu sempurna. Apa yang mereka mahu adalah yang terbaik dalam hidupnya. Walaupun ia dilihat tidak baik bagi orang lain. Dan tanpa kita sedar juga, pasangan kita itu dilihat penuh dengan kekurangan tetapi ia adalah wanita terbaik bagi seseorang. Cuma kita sahaja yang tidak tahu menghargai. Tanpa kita sedar juga, si dia itu mempunyai enam ciri wanita terbaik yang tidak pernah orang miliki.



Si dia sudah cukup sempurna untuk anda, tetapi ditambah dengan enam ciri ini. Ia mampu menjadi pasangan terbaik untuk anda. Ada ke tak enam ciri ini dalam pasangan anda?

1. Lurus bila dengan anda.

Apabila bersama anda, si dia begitu lurus dan jujur menceritakan setiap hal yang berlaku pada dirinya. Kata-katanya tidak pernah berselindung sikit pun. Sikap lurusnya itu sangat menyenangkan hati anda. Anda tidak perlu mengorek pelbagai rahsia daripada rakan-rakannya. Jika sesuatu berlaku, anda boleh sahaja bertanya padanya. Pasti si dia tidak akan menipu.

2. Berdiri dengan sendiri.

Ketika bersama anda, si dia selalu mengharapkan anda. Tetapi apabila berjauhan, si dia tahu bagaimana untuk berdiri dengan kakinya yang tersendiri. Si dia seolah-olah pandai berdikari apabila bersendirian. Jadi anda tidak perlulah risau akannya lagi.

3. Menjaga dirinya.

Si dia juga seseorang yang pandai menjaga dirinya. Walaupun ketika bersama anda. Setiap batas pergaulan dengan anda teramatlah dijaganya. Itu baru dengan anda, belum lagi dengan yang lain. Dalam lembut-lembutnya, terdapat kekerasan dalam menjaga maruah dan harga dirinya.


4. Bertanggungjawab apabila lakukan kesalahan.

Setiap kesalahan yang dilakukan pasti akan diakuinya dengan mudah. Tidak perlu ada pemaksaan dan pemeriksaan. Si dia sangat bertanggungjawab ke atas setiap kesalahan yang dilakukan. Terutama jika kesalahannya terhadap anda.

5. Dia tidak takut untuk pergi.

Walaupun mencintai anda sepenuh hati, si dia tidak takut untuk pergi dari hidup anda. Hal ini kerana, si dia percaya dan yakin terhadap jodoh yang ditetapkan. Mungkin anda bukan jodohnya, dan si dia bukan yang terbaik untuk anda. Itu yang membuat dirinya tidak takut untuk pergi dari hidup anda.

6. Sentiasa memberi ruang.

Ruang dan kebebasan yang jarang diperoleh dari pasangan lain, tetapi anda perolehinya. Si dia sentiasa memahami keadaan dan situasi anda. Jika masalah menimpa diri anda, si dia memberi ruang untuk anda berfikir tanpa anda pinta.

Mungkin tidak ramai yang dapat memiliki pasangan seperti ini. Tetapi sebenarnya anda yang tidak tahu melihat dalam setiap perbuatannya. Ia juga bergantung bagaimana diri anda yang sebenarnya. Jika anda mahukan pasangan terbaik, maka anda juga perlu jadi yang terbaik juga.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,161 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen