8 Perkara Kecil Yang Dilakukan Oleh Lelaki Untuk Menunjukkan Perasaan Cinta Mereka Kepada Pasangan.

 

Lelaki adalah makhluk ciptaan Allah yang tinggi ego nya dan sukar untuk menunjukkan perasaan cinta pada pasangan. Kasihan pada wanita yang kadang-kala tertanya-tanya adakah teman lelaki mereka mencintai mereka dengan sepenuh hati.



Bagaimana wanita tersebut mahu tahu, bahawa lelaki itu memang benar serius dengan mereka?  Wanita juga sering di anggap membuat andaian yang buruk kerana berteka-teki dengan teman lelaki yang sukar meluahkan kata-kata cinta.

Jadi, jom ketahui perkara-perkara kecil yang dilakukan oleh lelaki, yang sebenarnya mereka mencintai wanita kesayangan mereka.

1. Lelaki akan sentiasa pergi ke majlis di mana sahaja teman wanitanya berada.

Sudah jelas bahawa teman lelaki anda tidak mahu pergi ke majlis tersebut, tetapi disebabkan anda teman wanita mereka, jadi tiada alasan lagi untuk tidak pergi ke majlis itu.

2. Lelaki akan sentiasa memastikan teman wanita nya berada dalam keadaan yang sihat.

Walau apa cara sekalipun, menunggu di hospital atau di rumah ibu bapa teman wanita, lelaki sentiasa mahu menemani mereka untuk memastikan kekasih hatinya berada dalam keadaan yang selamat.



3. Lelaki akan cuba memastikan sahabat teman wanitanya selesa dengan dirinya.

Jika si lelaki bukan lah seorang pak lawak yang pandai berjenaka, mengambil hati sahabat teman wanita dengan belanja mereka minuman atau makanan sudah mencukupi.

4. Lelaki akan menurut segala permintaan teman wanitanya, terutama memilih restoran.

Bagi si lelaki tersebut, keperluan dan keinginan mereka adalah di tempat kedua, yang penting kemahuan teman wanitanya.

5. Lelaki akan sentiasa membeli makanan kegemaran teman wanitanya.

Ke mana sahaja mereka pergi, perkara kecil yang utama mereka pasti teringat adalah:

“Eh, cokelat ni mesti dia suka, beli lah”


6. Lelaki akan sentiasa berusaha untuk bertemu dengan teman wanita mereka, walaupun penat.

Si lelaki ini tidak mengenal erti penat, tidak kisah turun naik bukit atau berjalan jauh, mereka sanggup bertemu dengan teman wanitanya walau apa jua cara sekalipun.

7. Lelaki akan membalas whatsapp teman wanitanya walaupun dengan emoji.

Ini kerana mereka tidak suka jika teman wanitanya tertanya-tanya mengapa mereka tidak membalas whatsapp dengan secepat mungkin. Cukup sekadar emoji menunjukkan mereka sentiasa mengingati kekasih hati.

8. Lelaki akan menerima teman wanita mereka seadanya.

Walaupun tiada secalit make up di muka, lelaki sentiasa menerima anda tidak kira pada waktu anda selekeh atau pun tidak.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,864 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen