Empat Cara Menghormati Lelaki.

 

Lelaki dan wanita mempunyai karekter yang berbeza. Kedua-duanya mempunyai fitrah yang tersendiri yang Allah jadikan kepada makhluknya. Oleh itu, kita perlu mendalami dan selidik sifat-sifat mereka agar kita tidak mudah terasa dan dia juga akan merasa dihargai dan dihormati. Oleh itu, kami kongsikan kepada anda empat cara untuk menghormati lelaki.



1. Terima pandangan.

Cara anda menghormati mereka adalah dengan menerima semua pandangan mereka dengan baik sekiranya pandangan tersebut masih boleh diterima pakai. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan pandangan mereka, iakan saja terlebih dahulu. Kemudian barulah kita katakan kepadanya pandangan kita. Misalnya, “okey, saya bersetuju dengan pandangan awak. Tapi, kan lebih baik jika ....” Cara ini lebih berkesan daripada kita membantah terus keputusannya. Jika kita terus membantah, ini akan menyebabkan dia merasa tidak dihormati.

2. Perkenalkan kepada rakan.

Jika anda berkunjung ke mana-mana dan bertemu dengan rakan anda, perkenalkan pasangan anda kepada rakan tersebut. Dengan itu menyebabkan dia tidak merasa tersinggung. Lebih-lebih lagi sekiranya anda bertegur sapa dengan seorang lelaki. Adalah lebih manis dan sweet jika anda menambah kata-kata yang disukainya. Misalnya, “perkenalkan. Ini cinta hati saya.” Ehem. Confirm tersenyum lebar pasangan anda.

3. Ucapan Terima kasih.

Perkataan ini senang sahaja untuk diungkapkan. Tetapi memerlukan ketundukan ego dari seorang wanita. Setiap kali mereka membantu, ucapkanlah terima kasih. “terima kasih abang.” Cuba perhatikan wajahnya. Pasti dia ceria. Kemudian, jika kita memerlukan pertolongan setelah itu juga, ia akan menjadi mudah. Kadang, tanpa disuruh pun, dia terlebih dahulu ringan tulang membantu.

4. Tidak meninggikan suara.

Kebanyakkan wanita mempunyai emosi yang tinggi. Apabila marah, apatah lagi. Semuanya keluar. Maka, jika dalam keadaan ini. Bertenanglah. Usah tinggikan suara. Dengan bersabar dan berlemah lembut, dia akan merasa dihormati. Jika bersama dengan anak-anak, anda boleh bertegas. Tetapi dengan pasangan, usah sekali. Jadi, bezakan ton suara apabila bersama anak-anak dengan pasangan.


Dengan melakukan hal ini, seorang lelaki akan merasa dia dihormati dan dihargai. Iya. Seorang lelaki memang sifatnya tegas. Tetapi dalam masa yang sama dia memerlukan penghormatan dan penghargaan agar dia dapat berusaha keras untuk melakukan sesuatu. Baginya, penghormatan itu adalah motivasi untuknya agar menjadi lebih baik. Bukankah itu sangat bagus? Jadi, hargailah mereka dengan sebaik mungkin.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 448,186 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen