Usaha Mencari Jodoh Juga Mendapat Pahala.

 

Setiap kebaikan itu adalah ibadah. Begitu juga dalam mencari jodoh. Allah sangat suka akan hamba-nya yang mempercepatkan perkahwinan apabila sudah mempunyai kemampuan.

Apabila kita berusaha keras mencari jodoh, yakin dan percaya bahawa Allah akan memberi ganjaran atas usaha tersebut. Allah tidak menilai usaha yang kita lakukan. Tetapi Allah melihat akan usaha kita ke arah tersebut.



Sebuah kisah benar yang mengigatkan kita tentang ‘usaha’ adalah kisah burung pipit dengan cicak pada zaman Nabi Ibrahim a.s. Pada ketika itu Nabi Ibrahim dibakar oleh Raja Namrud, lalu burung pipit berbolak balik dari tempat yang mengandungi air dan menitiskan air tersebut menggunakan paruhnya untuk memadamkan api yang membakar nabi ibrahim.

Melihat keadaan itu, cicak mempersendakan burung pipit dan berkata, “Bodoh kau burung. Air kau bawa tu tidak akan memadamkan api tersebut. Terlalu sedikit air yang kau bawa dengan paruh tu.” Sambil-sambil itu, cicak menuip api menggunakan mulutnya. Tapi ternyata tidak juga menambah marak api. Lalu burung pipik berkata, “Allah tidak menilai hasil kita. Tetapi, yang dinilai Allah adalah usaha dan niat kita untuk mendapatkan sesuatu.”


Dengan kisah tersebut, kita dapat mengetahui bahawa Allah itu menilai akan usaha dan niat kita. Oleh itu, dalam mencari jodoh, niatlah untuk membina keluarga yang baik dengan berusaha menjadi orang yang baik serta mencari jodoh yang baik.

Usahalah dengan cara apapun asalkan tidak bertentangan dengan syariat Islam. Apabila kita mencari jodoh, tanpa disedari sebenarnya kita sedang menghindari diri daripada melakukan maksiat. Kita mencari jodoh bukan untuk bercinta dan berasamara, tetapi untuk membina rumah tangga yang bahagia. Sudah bernikah, baru boleh bercinta. Tak gitu?

Oleh itu. Perbetulkan niat dalam mencari jodoh. Jika selama ini kita banyak menghabiskan waktu dengan berfoya-foya bersama-sama pasangan, maka hindarilah segera dan bertaubatlah kepada Allah. Yakin. Jika kita tinggalkan pasangan itu, Allah akan memberikan pasangan yang lebih baik. Jika memang jodoh anda bersama dia, pasti Allah akan ketemukan anda dengan dia melalui pelbagai cara. Yakin!


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 526,862 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen