Lima Perkara Mengenai Cinta Yang Anda Tidak Tahu.

 

Semua orang beranggapan tahu apa itu cinta bukan? Betul, cinta itu penyatuan dua hati dalam satu hubungan. Cinta itu saling melengkapi antara satu sama lain. Cinta itu mampu membutakan hati dan mata sesiapa sahaja yang terlibat. Tetapi setakat itu sahaja yang kita tahu mengenai cinta? Sebenarnya banyak perkara yang mungkin ia berlaku tapi kita sendiri tidak sedar akan perbuatan itu. Tapi yang semua orang tahu cinta itu sangat bahagia dan menyeronokkan. Jom kita kenali apa itu cinta yang ramai tidak tahu dan percaya.



1. Cinta berbeza dengan nafsu.

Cinta ini adalah sesuatu yang dikatakan bersih dan suci. Ia mempunyai perbezaan dengan nafsu. Sebenarnya, cinta ialah tarikan antara fizikal dan emosi. Cinta mampu menyalakan kawasan-kawasan yang berkaitan kasih sayang dan empati dalam diri seseorang. Jadi ia berbeza dengan nafsu.

2. Untuk hubungan kekal ia perlukan kerjasama.

Dalam hubungan percintaan, kedua-dua belah pihak perlu bekerjasama untuk memastikan hubungan mereka ini kekal. Seperti berusaha untuk memastikan satu hubungan itu menjadi halal. Jika hanya sebelah pihak yang melakukan kerja maka ia bukan dianggap cinta tetapi dipergunakan.

3. Tidak bersyarat.

Anda mencintai seseorang itu tanpa mempedulikan kekurangan dan kelebihannya. Bagi anda dirinya begitu sempurna sehinggakan anda tidak mahu yang lain. Anda juga tidak meletakkan syarat mengapa anda perlu mencintai dirinya.


4. Ia mampu berjangkit.

Cinta ini sebenarnya mampu berjangkit dari seorang ke seorang. Jika rakan anda sedang bercinta, mungkin anda juga akan turut merasakan kebahagiaannya itu. Sehingga membuatkan anda ingin mencari pasangan juga.

5. Cinta tidak semestinya selama-lamanya.

Cinta itu boleh jadi kekal untuk selama-lamanya untuk seseorang. Tetapi ia juga boleh jadi tidak kekal. Semuanya bergantung pada jodoh yang telah ditetapkan oleh Pencipta. Namun begitu, anda mampu mengubahnya melalui doa.

Cinta ini adalah sesuatu yang tidak mampu difikirkan secara meluas dan mendalam. Kadang-kadang ia juga persoalan yang tidak mempunyai jawapan. Tetapi setiap persoalan itu anda sendiri yang mampu merungkainya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,996 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen