5 Sebab Utama Kenapa Lelaki Secara Tiba-Tiba Mendiamkan Diri.

 

Antara salah satu perbezaan antara lelaki dan wanita adalah, cara mereka berdua mengendalikan masalah masing-masing. Wanita gemar berkongsi masalah dengan sesiapa sahaja termasuk pasangan, tetapi tidak pada lelaki.



Secara normal, kebanyakan lelaki memang kurang bercakap, malah wanita sendiri menjadi keliru, mengapa lelaki dengan secara tiba-tiba mendiamkan diri walaupun mereka merasakan tidak membuat kesalahan.

Jom baca!

1. Lelaki merasakan mereka tidak mampu menang dengan setiap pertelingkahan yang berlaku.

“wanita lebih bersiap sedia dengan segala hujah untuk setiap pergaduhan”

“wanita lebih mengingati segala kata-kata lelaki sebelum ini, tetapi fikiran lelaki lebih ke hadapan dan malas mahu mengungkit”

“kenapa wanita suka mengungkit hal yang sudah berlaku? Kerana saya rasa tiada lagi hak untuk dipertahankan”



2. Lelaki lebih panas baran.

Wanita sebenarnya tidak sedar bahawa mereka sedang berhadapan dengan makhluk Allah yang maha garang seperti harimau kelaparan. Lelaki lebih suka memendam kerana mereka khuatir akan menyakiti insan yang paling mereka cintai. Jadi, wahai wanita jangan mencabar kelakian lelaki jika mereka nampak tenang dan pendiam.

3. Hati dan perasaan lelaki terluka apabila berlakunya pergaduhan.

Tiada siapa di dunia ini mahu kan pergaduhan yang berlarutan hingganya berlaku perceraian. Jika lelaki tiba-tiba mendiamkan diri, sudah tentu mereka terlalu menyayangi pasangannya kerana tidak mahu mengeluarkan kata-kata kesat dan kasar. Apatah lagi untuk memukul dan mendera. Hanya wanita yang tidak sedar dengan perilaku lelaki yang sebegini.



4. Lelaki tidak mahu sejarah buruk berulang kembali.

Kenangan yang pahit sudah pasti semua insan tidak mahu ia berulang. Jika wanita terluka hanya kerana kisah silam, lelaki pun turut merasakan perasaan yang sama.

Jika dahulu mereka terlalu mengikut perasaan dengan ego dan panas baran, lalu kehilangan orang yang di cintai. Sudah tentu mereka tidak mahu itu yang akan terjadi pada anda sekarang.

5. Memang lumrah lelaki.

Jadi, kepada wanita di luar sana, terima lah seadanya bahawa memang lumrah lelaki akan mendiamkan diri secara tiba-tiba. Jika anda sebagai wanita terlalu sakit hati dengan pasangan, baca kembali 4 sebab utama di atas.



 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,788 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen