Jom Hayati, Nasihat Rasulullah Terhadap Anaknya Fatimah Azzahra Tentang Wanita.

 

Fatimah Azzahra adalah puteri Rasulullah s.a.w bersama Khadijah. Beliau adalah salah seorang wanita yang menjadi teladan terbaik bagi para umat. Beliau juga amat menghayati pesanan ayahandanya Rasulullah s.a.w sehinggakan menjadi wanita yang paling agung.



Malah peribadi beliau sangat indah dan oleh kerana itu Rasulullah s.a.w menasihati Fatimah untuk menjadi wanita yang mulia dan menyejukkan hati. Jom kita sama-sama menghayati nasihat daripada Rasulullah s.a.w ini!

1. “Wahai Fatimah! Sesungguhnya wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya kelak Allah SWT tetapkan baginya kebaikan dari setiap biji gandum yang diadunnya dan juga Allah SWT akan meleburkan keburukan serta meningkatkan darjatnya”.

2. “Wahai Fatimah! Sesungguhnya wanita yang berkeringat ketika menumbuk tepung untuk suami dan anak-anaknya, nescaya Allah SWT akan menjadikan antara neraka dan dirinya tujuh tabir pemisah”.



3. “Wahai Fatimah! Sesungguhnya seorang yang memakaikan minyak pada rambut anak-anaknya lalu menyisirnya dan kemudian mencuci pakaiannya, maka Allah SWT akan tetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan 1,000 orang yang kelaparan dan memberi pakaian kepada 1,000 orang yang tidak berpakaian”.

4. “Wahai Fatimah! Sesungguhnya wanita yang membantu keperluan tetangganya, maka Allah akan membantunya agar dapat minum dari telaga Kautsar pada hari kiamat nanti”.

5. “Wahai Fatimah! Yang lebih utama dari seluruh keutamaan di atas adalah keredaan suami terhadap isterinya. Andai kata suamimu tidak reda kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu. Ketahuilah wahai Fatimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah SWT”.



6. “Wahai Fatimah! Di saat seorang wanita mengandung, maka malaikat memohonkan keampunan baginya, dan Allah SWT tetapkan baginya setiap hari 1,000 kebaikan serta melebur 1,000 keburukan. Ketika seorang wanita merasa sakit untuk melahirkan, maka Allah tetapkan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang yang jihad di jalan Allah.

Di saat seorang wanita melahirkan kandungannya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika ia dilahirkan dari kandungan ibunya. Di saat seorang wanita meninggal ketika melahirkan, maka tidak akan membawa dosa sedikitpun.



Di dalam kubur akan mendapat taman indah yang merupakan bahagian dari taman syurga. Allah memberikan pahala kepadanya sama dengan pahala 1,000 orang yang melaksanakn ibadah haji dan umrah dan 1,000 malaikat memohonkan ampunan baginya sehingga hari kiamat”.

7. “Wahai Fatimah! Di saat seorang isteri melayani suaminya selama sehari semalam dengan rasa senang dan ikhlas, maka Allah SWT akan mengampuni dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya pada hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya dengan 1,000 kebaikan. Allah SWT pun akan memberikan kepadanya pahala sebanyak 100 kali ibadah haji dan umrah”.

8. “Wahai Fatimah! Di saat seorang isteri tersenyum di hadapan suaminya maka Allah SWT akan memandangnya dengan pandangan penuh kasih”.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 613,139 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen