Lima Tanda Anda Kekasih Yang ‘Clingy’ Terhadap Pasangan.

 

Mungkin ada yang menyukai kekasihnya seorang yang clingy. Tetapi jika clingy 24 jam pasti ia merimaskan. Itu belum lagi jika suka mengekori pasangan 24 jam sehari. Ada juga yang tidak perasaan adakah pasangannya itu seorang yang clingy atau tidak. Atau hanya suka bermanja dengan pasangan tetapi berlebihan. Cuba anda perhatikan lima tanda ini, sama ada si dia clingy atau tidak.



1. Suka memaksa.

Pasangan yang clingy ini suka memaksa seseorang untuk memenuhi kehendak dia. Walaupun pada hakikatnya perkara yang dipaksa lakukan itu adalah hal yang remeh. Setiap perkara yang dilakukan adalah di bawah paksaan si dia. Kalau boleh semua lah nak ikut kepala dia sahaja.

2. Tidak memberi ruang.

Suka mengekori pasangan dan sentiasa ingin tahu apa pasangannya lakukan. Sebagai contoh, jika anda tidak membalas mesejnya, mahu mengamuk pasangan anda itu. Tidak pun, habis satu rumah anda si dia telephone.

3. Tidak pandai berdikari.

Setiap perkara yang berlaku harapkan pasangan untuk selesaikannya. Walaupun perkara remeh tetapi masih mahukan pasangan yang lakukan. Jika pasangan tidak dituruti maka merajuk lah sehingga tidak mahu bercakap.


4. Cepat insecure.

Setiap masa mereka ini akan memikirkan perkara yang bukan-bukan. Si samping menuduh bahawa pasangannya mempunyai orang lain di belakangnya. Rasa insecurenya itu membuatkan dirinya kerap bergaduh.

5. Suka masuk campur.

Anda tidak boleh membuat keputusan sendiri dalam hidup atau perhubungan. Semua perkara akan menjadikan si dia orang yang penting. Si dia akan mencampuri segala hal yang melibatkan anda. Awas, jika anda cuba untuk berselindung darinya.

Jika pasangan anda mempunyai ciri-ciri seperti di atas, jangan tinggalkan dirinya tetapi bentuklah dirinya agar mampu berubah demi masa depan anda bersama. Apa yang penting anda perlu tegas terhadap dirinya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,836 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen