5 Situasi Lelaki Sering Mengelirukan Wanita, Dan Memberi Mereka Harapan.

 

Wanita yang mudah berasa keliru, atau lelaki yang mudah memberi wanita harapan? Jom baca 5 situasi ini yang sering mengelirukan wanita, dan mereka merasakan lelaki sentiasa memberi mereka harapan.



Situasi 1: Lelaki yang jarang meluangkan masa dengan anda dan hanya akan muncul apabila memerlukan sesuatu.

Fikiran wanita: “Mungkin dia sibuk dan hanya akan berjumpa bila dia ada masa lapang nanti”

Maksud tersirat: Lelaki ini gemar mengambil kesempatan terhadap kebaikan dan kepercayaan yang wanita telah berikan kepadanya.

Akhirnya, dia akan pergi sesuka hati bila-bila masa apabila dia sudah menemui pengganti baru yang jauh lebih sempurna daripada anda. Malah boleh memberikan segala yang tidak boleh diberikan oleh anda kepadanya.



Situasi 2: Lelaki yang inginkan hubungan ‘Istimewa’ tetapi bukan cinta, atau boleh dikatakan dengan tepat ‘lelaki gatal’.

Fikiran wanita: “Mungkin dia masih belum boleh bersedia untuk komitmen”

Maksud tersirat: Lelaki ini tahu bahawa anda mencintai dirinya dengan sepenuh hati, tetapi si dia cuma mahu berseronok dan tidak serius. Akhirnya, si dia akan berasa bosan dan mencari wanita lain dan tidak memerlukan anda lagi.

Situasi 3: Lelaki yang gemar berlumba dengan lelaki lain yang menyukai anda, semata-mata mahu menjadi hero.

Fikiran wanita: “Dia mungkin seorang yang cemburu dan mahu merubah dirinya untuk jadi yang terbaik di mata saya”

atau “Dia mahu mengambil hati kerana dia benar sukakan saya atau takut kehilangan saya”

Maksud tersirat: Lelaki ini sebenarnya gemarkan persaingan kerana baginya, hubungan yang tidak ada persaingan adalah suatu perhubungan yang bosan bagi mereka.



Situasi 4: Lelaki yang tidak pernah berusaha untuk bertemu, setelah berkenalan di sosial media.

Fikiran wanita: “Mungkin dia adalah seorang lelaki yang sopan dan terlalu takut untuk berhadapan dengan perempuan”

Maksud tersirat: Lelaki ini tidak mahu berjumpa dengan anda kerana langsung tidak tertarik dengan anda secara fizikal. Anda mungkin cuma tempatnya untuk melepaskan rasa bosan dan kesunyian.

Situasi 5: Lelaki yang tidak pernah memperkenalkan anda kepada keluarga & teman-temannya.

Fikiran wanita: “Mungkin dia tidak mahu memalukan saya atau mungkin juga dia risau yang saya tidak boleh menerima cara keluarga dan sahabatnya”

Maksud tersirat: Anda bukanlah insan yang terpenting dalam hidupnya seperti disangkakan. Dia juga masih belum nampak arah tuju dirinya bersama anda untuk jangka masa yang panjang.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 293,103 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen