8 Sebab Kenapa Hati Dan Perasaan Wanita Senang Di Permainkan, Tanpa Mereka Sedar.

 

Kadang kala, wanita tidak sedar, hati dan perasaan mereka senang dipermainkan oleh lelaki. Dan secara ironik, mereka tertanya-tanya mengapa mereka sering dipermainkan oleh lelaki yang tidak berperikemanusiaan, walhal mereka sendiri meletak kepercayaan yang tinggi pada lelaki.



Dan mereka sendiri juga tidak berhati-hati dalam menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki. Jadi, di bawah ada menyatakan mengapa hati dan perasaan wanita senang di permainkan, jom baca!

1. Mereka sering terlibat dalam perhubungan yang tidak memerlukan komunikasi secara bersemuka antara satu sama lain. Wanita ini lebih rela mengenali lelaki tersebut tanpa mengetahui asal usul mereka, kerana di layan baik di alam maya.

2. Wanita ini sering dipermainkan kerana tanpa mereka sedar mereka telah banyak berkorban untuk pasangan malah untuk orang ramai, tetapi tidak memberi peluang untuk diri sendiri menerima pengorbanan orang lain.



3. Apabila mereka dilayan baik oleh seorang lelaki, mereka sentiasa melihat lelaki itu ada potensi untuk menjadi bakal suami tanpa berfikiran panjang.

Wanita ini seperti tidak mengambil kisah jika lelaki tidak pandai menghargai dirinya kerana perkara itu boleh belajar secara perlahan-lahan, tetapi sayang mereka tersalah memilih pasangan.

4. Wanita yang sering senang dipermainkan kerana, mereka sangat positif dan sentiasa melihat kebaikan pada setiap orang. Mereka tidak pernah menuding kesalahan pada orang lain, tetapi hanya pada diri sendiri sahaja.

5. Kadang kala, mereka kelihatan sangat obses dengan pasangan kerana terlalu memikirkan tentang si dia. Mereka khuatir jika perkara yang buru berlaku kepada pasangan mereka sendiri.



6. Wanita ini juga sering berkelakuan baik dan lemah lembut, kerana khuatir lelaki akan meninggalkan mereka. Mereka sedaya upaya untuk menggembirakan hati pasangan supaya mereka tidak terluka dan disakiti.

7. Selain daripada itu, wanita ini mudah dipermainkan kerana emosi. Emosi yang sentiasa mengawal hati dan perasaan membuatkan mereka sanggup mengambil risiko untuk pasangan, sama ada baik atau buruk.

8. Oleh kerana itu, lelaki sering melihat wanita ini ada potensi senang dipermainkan kerana mereka mudah memberi perasaan terhadap lelaki tanpa ragu-ragu.

Hati-hati menjaga hati dan perasaan wahai wanita!



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,504 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen