3 Tabiat Dan Perkara Tentang Pasangan Anda Perlu Tahu Sebelum Melangkah Ke Alam Perkahwinan.

 

Perkara yang penting anda perlu tahu tentang pasangan anda adalah tabiat mereka atau di panggil sebagai habit. Tidak kira sama ada tabiat baik atau buruk, apabila setelah berkahwin, hanya anda sahaja yang boleh mengubah tabiat mereka.

Oleh kerana itu, anda perlu betul-betul mengenali pasangan sebelum berkahwin, supaya tabiat mereka yang anda tidak gemar, boleh di perbaiki secara perlahan-lahan.

Jadi, tabiat pasangan yang bagaimanakah, anda perlu tahu supaya anda betul-betul dapat mengenali mereka sebelum melangkah kea lam perkahwinan.

1. Gaya hidup.

Perkara yang paling utama adalah, gaya hidup mereka. Antara tabiat yang anda perlu tahu adalah:

- Adakah mereka seorang yang bangun pagi atau lewat?

- Adakah mereka seorang yang mengetahui isu semasa melalui internet atau televisyen? Ini sangat penting kerana, jika anda mempunyai pasangan yang tidak tahu langsung mengenai isu semasa, jangan terkejut jika ibu bapa anda amat bosan dengan pasangan anda.

- Mereka mengambil masa yang berapa lama untuk bersiap pergi ke kerja?

- Mereka mengambil masa yang berapa lama untuk berehat setelah bekerja?

- atau adakah mereka sering menolong ibu di dapur sama ada memasak atau membasuh pinggan?

2. Kebersihan diri.

Kebersihan diri juga adalah perkara yang sangat penting anda perlu tahu pada pasangan anda. Adakah si dia seorang yang perfectionist, teratur, atau pembersih? Atau, adakah si dia seorang yang tidak menjaga kebersihan diri seperti bau badan atau mulut berbau? Anda juga boleh tahu daripada ahli keluarga atau sahabat baik mereka, bagaimanakah keadaan bilik mereka? Bersih, kemas atau kotor?

Jadi, pasangan anda tergolong dari golongan yang mana? Dan adakah anda mampu untuk sehidup semati dengannya jika mereka mempunyai tabiat sebegini rupa?

3. Bahasa dan gaya cinta.

Setiap insan, anda perlu tahu, mereka masing-masing mempunyai bahasa cinta. Apakah itu bahasa cinta? Ketika anda bercinta, apakah panggilan untuk pasangan anda? Panggilan nama atau nama manja? Adakah anda berdua, berbual seperti biasa sebagaimana anda berbual dengan rakan-rakan yang lain? Atau, berbeza dan lebih mesra tidak seperti rakan lain?

Jika si dia panggil anda dengan bahasa ‘aku’ ‘kau’, tetapi anda pula seorang yang manja ‘sayang’ ‘abang’, khuatir komunikasi antara kalian berdua tidak terhubung. Jadi, pastikan anda berdua serasi dan mempunyai bahasa cinta yang sama.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 375,109 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen